MULAKAN MATA PENAMU DENGAN NAMA ALLAH

Assalamualaikum,
Memulakan penulisan bukan semudah yang disangka. Ia ibarat menjahit pakaian yang memerlukan kemahiran dan strategi agar pakaian akan kelihatan cantik, kemas dan menarik.
Sebenarnya, menulis adalah aktiviti yang amat menarik kerana ia memberi peluang kepada kita meluahkan segala perasaan, pemikiran dan kritikan terhadap persekitaran. Malah penulisan juga boleh menjadi alat untuk menyampaikan dakwah Islam, di samping boleh menjana kewangan sendiri.
Penulisan boleh diasah.Oleh itu, mari kita belajar penulis sambil BERDAKWAH!

Thursday, March 26, 2009

KULIAH KE-6 TEKNIK PENULISAN PUISI

—PUISI MODEN
Mengandungi peristiwa kemasyarakatan dan sikap serta suasana moden.
Puisi dicipta mengutamakan penggunaan bahasa, irama dan bentuk yang indah.
Za’ba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan itu bertambah menarik kepada hati orang mendengarnya.

Pemilihan kata-kata terbaik sewajarnya pula berkembang kepada susunan ungkapan, kalimat, baris dan rangkap puisi.
Pemilihan serta penyusunan kata-kata yang membina baris-baris puisi sebegitu rupa dapat pula menggerakkan daya asosiasi (gambaran dan kenangan) yang membawa kepada perkaitan atau pertalian sesuatu fikiran dengan fikiran yang lain.

Puisi juga memerlukan terhasilnya nilai rasa yang mendalam kesannya. Pemilihan serta penyusunan kata-kata terbaik untuknya akan sebanyak mungkin menimbulkan kehalusan serta kekuatan tanggapan penglihatan dan pendengaran.
Mengaum, mengguruh
Menentang. Menyerang
Kuning
Merah
Hitam
Kering
Tandus
Rata
Rata
Rata
Dunia
Kau
Aku
Terpaku
(Chairil Anwar, 1943)

—UNSUR-UNSUR PUISI
—Tema
—Bentuk
—Gaya bahasa
—Suasana
—Simbol
—Imej
—Bunyi

—TEMA
Inti atau teras sesebuah puisi
Hasil pengalaman penyair dengan alam dan kehidupan manusia yang kemudiannya terkumpul menjadi bayangan batin
Penyataan atau penglahiran pengalaman itu ternyata pelbagai pula sifatnya – bersifat pemikiran, perasaan, perlakuan dan khayalan
Tetapi tidak semua pengalaman dikemukakan dalam puisi – hanya pengalaman yang benar-benar menyentuh perasaan dan mencengkam jiwanya dalam suasana yang mempersonakan.

Baha Zain
—“Puisi tidak berbicara segalanya dan tidak kepada semua. Ia adalah pengucapan suatu fragmen pengalaman dari suatu keseluruhan seorang seniman. Seperti permata di jari, puisi merupakan ekstensi dari peribadi yang berkembang, memperagakan gaya, bentuk dan warna tetapi sukar dimengertikan maksud dan faedahnya. Puisi selamanya tidak pernah sombong kerana kenyataannya ia selalu meminta simpati, hati yang terbuka dan pengertian yang wajar.”

Kekuatan dan kejayaan puisi bergantung kepada tema- wajar kemuka tema yang kuat dan tinggi nilainya- keadilan, keamanan, kebebasan, kemanusiaan, kesetiaan, kejujuran, perjuangan, cita-cita, kecintaan, kebenaran dll.
Pengalaman biasa yang juga dilalui oleh orang lain- digarap menjadi istimewa
Persoalan peribadi dikembangkan dalam tema puisi, diolah secara berkesan untuk diterima bersama menjadi pengalaman pembaca lain dan sudah tidak bersifat peribadi.
Tema yang bernilai abadi ialah persoalan keagamaan atau ketuhanan.

Clockwise – Zurinah Hassan
Jam di dinding
ting ting tingggggg
Bernyanyi riang dan sopan
Ada sesuatu yang datang
Bersama jam dinding
Pantas dan keras
Lalu tunduklah kepala patuh dan takut padanya

Padamu Jua- Amir Hamzah
Habis kikis
Segala cintaku hilang terbang
Pulang kembali aku padamu
Seperti dahulu
Kaulah kandil kemerlap
Pelita jendela di malam gelap
Melambai pulang perlahan
Sabar, setia selalu

Pembahagian tema
George Santayana
"Puisi hanya merupakan manipulasi kata-kata indah yang terdiri dari variasi irama dan kombinasi bunyi bahasa tanpa keghairahan emosi."

Puisi mengandungi pengertian dan perasaan bersumber teguh daripada pengalaman penyairnya- ekspresi hubungan antara benda, kesengsaraan manusia, keresahan jiwa, pengalaman cinta dan keajaiban.

Puisi yang mengemukakan kesedaran manusia terhadap maut dan pencarian nilai-nilai hidup di sebalik kenyataan di dunia- pengalaman keagamaan

—BENTUK
Merangkumi bagaimana setiap bahagian karya diatur dan sifat-sifat luar serta isinya
Skema sukatan baris dan bunyi
Makna bahasa, pemilihan kata atau diksi
Makna skema susunan pengucapaan dalam maksud, peraturan perkataan, fikiran dan kesatuan binaannya.

Bentuk luaran
—Bahagian yang bentuk binaannya dapat dilihat dengan jelas – susunan baris atau bait dalam rangkap, susunan atau jumlah perkataan dalam baris dan susunan rima di hujung baris dalam rangkap.
—Pantun, syair – punyai peraturan tetap – rimanya abab(pantun)dan aaaa (syair) dan jumlah perkataan ada empat dalam setiap baris dan mempunyai 8 – 12 suku kata.
Bumi tercinta resapkan wahyumu
Jantung mereka adalah langitmu
Darah mereka adalah sungaimu
Nafas mereka adalah udaramu
(Anak Jiran Tiong Hua- Usman Awang)

—Bentuk luarannya bersifat lebih cenderung dan wajar menemukan kebebasan daripada ikatan peraturan-peraturan yang tetap.

Siang- Muhammad Hj Salleh
Di bawah amarah matahari muda ini
Manusia kerdil-hitam
Menanti malam
Untuk melepaskan diri
Dari kekejaman
Siang dan hidup

—Kecenderungan membina kebebasan juga ada yang membawa perkembangan yang mengutamakan kesan visual –kesan mendalam kepada penglihatan- permainan mata
—Memahami kesan visual perlu pada ketelitian dan ketajaman daya penglihatan. Contoh: Ibrahim -Ibrahim Sattah:
d
u
k
a
k
u
duka kau
Dua duri dari
s
e
p
i

Bentuk dalaman
—Cara persembahan fikiran dan emosi/ perasaan- struktur puisi
Setiap binaan menggambarkan kesan fikiran serta perasaan termasuk susunan baris dan rangkap dari pemakaian bahasa.
—Pantun terikat dengan persembahan atau penyampaian fikiran melalui dunia alamiah dan dunia manusia- imej-imej alam
—Sajak – disesuaikan dengan peribadi penyair- kesan persembahan fikiran.
Corak penyusunan atau pembentukan baris yan ringkas dan kata-kata yang terhad melambangkan pernyataan fikiran serta perasaan – kebimbangan, kegelisahan, kemarahan, ketakutan dan kebencian- wujud irama tegas, pantas dan tinggi
—Corak penyusunan baris yang agak panjang dan seimbang untuk perasaan kesedihan, kehampaan dan kerinduan- wujud irama lembut, perlahan dan rendah

—GAYA BAHASA
—Bahasa adalah alat memindahkan pengalaman jiwa, pemikiran serta perasaan ke dalam puisi.
Bahasa yang diguna mengutamakan kefahaman dan kejelasan makna di samping memperlihatkan kehalusan, kesempurnaan dan kemuliaan pembentukan dan penyusunannya- pelbagai kesan
—Bahasa – membangkitkan emosi dan imaginasi sewajarnya- bahasa tersendiri dan jarang digunakan dalam pengucapan
Cth: kembara, mentari, bayu, hening, luhur, titian jernih, pesisir waktu, merpati duka – mengundang gerak emosi dan imaginasi
—Penggunaan bahasa biasa mempunyai kekuatan tersendiri jika diberi pembentukan baru atau penyusunan baru- terutama untuk membawakan persoalan yang mengutamakan pengembangan pemikiran – timbulkan unsur puitis alam puisi.
—Bahasa ekonomis juga ciri bahasa puisi – penyusunan baris yang ringkas dan penggunaan kata yang terbatas tetapi padat mendukung makna
—Penggunaan bahasa konotasi – bahasa dalam puisi mempunyai makna lebih dari satu

—Budak Tua- A Ghafar Ibrahim
Jangan menangis, budak tua
Hidup tak selalu manis
Tapi ombak tua
Pantai keredut
Kalaupun kau menangis
Gunung akan di situ juga
Sungai mengalir ke hilir
Kecewa sendiri
(Jika manusia tidak cekal dan tabah, ia akan terus kekal dengan kekecewaan)

—Gaya perbandingan
—Gaya kiasan;
1.Similie
– membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa atau benda dengan benda yang lain dengan penggunaan perkataan seperti, bak, umpama,bagai, laksana dll – Seperti berakhirnya musim
2.Metafora – membandingkan sesuatu benda dengan benda yang lain – tidak jelas dan secara langsung, ringkas dan dipadatkan- 2 perkataan: kata abstrak dan kata konkrit- menghulur benang kemesraan
3.Personafikasi – benda, keadaan atau peristiwa dibandingkan dengan sifat-sifat manusia- hidup dan bergerak – angin mengusap jendela
4. Hiperbola – menggantikan sesuatu kata dengan perkataan lain- memperlihatkan gambaran berlebihan dari keadaan biasa – mengais mimpi hanyir
5. Alusi – perbandingan secara tidak langsung kepada kata-kata masyhur dalam sejarah, kitab suci, tokoh, tempat, dongeng atau lagenda – kejujuran Abu Bakar, kecekalan bilal

Dua Pesan – Moechtar Awang
Di rongga mulutmu
Telah kubenamkan
Kejujuran Abu Bakar
Kecekalan Bilal
Gantungkan di nisanku
Sejuta bulan seberkas bintang
Dari langit imanmu

—Gaya Penegasan
—Berusaha memberi penekanan kepada maksud tertentu yang penting,
1.Pengulangan- pengulangan kata, ungkapan, baris dan rangkap;
a. menimbulkan irama dan suasana muzikal
b. menegaskan maksud tertentu
c. menarik tumpuan perhatian
Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan
2. Inversi –pembalikan kata sehingga terlihat penyimpangan daripada kelaziman tatabahasa
Telah tumpah gerimis

Gaya Pertentangan
—Pembentukan dan penyusunan kata yang memberi gambaran bertentangan dengan kenyataan tetapi apabila direnung melalui mata fikir tiada pertentangan
—Gaya bahasa yang padat, mendalam dan berkesan
Air Minum – Kassim Ahmad
Inilah ajalku
Kakiku berlari
Badanku tak bergerak
O, temanku
Kau dengarkah cakapku?

SUASANA
—Penyair membawa peembaca ke suasana perasaan tertentu- menguatkan tema ;
1.Suasana sedih, murung atau mengharukan
2.Suasana bersemangat, bergelora
3.Suasana hening - ketuhanan
Kerana kasihmu – Amir Hamzah
Kerana kasihmu
Engkau tentukan waktu
Sehari lima kali kita bertemu
Aku inginkan rupamu
Kulebihi sekali
Sebelum cuaca menali sutera

—SIMBOL
—Perlambangan adalah kata-kata tertentu yang digunakan berupaya menyatakan sesuatu di luar erti kata-kata itu sendiri.
—Simbol diambil daripada kata-kata unsur alam.
—Kata2 laut, ombak, bulan, gunung, mentari, pagi, senja
—Simbol juga boleh diambil dari nama-nama yang terkenal dalam sejarah.
—Kata-kata Hang Tuah, Si Luncai, Mahsuri
—Simbol konvensional – sudah dikenali ramai
—Simbol peribadi – dibentuk berdasarkan perasaan serta pengalaman penyair sendiri

Dato’ Onn – Usman Awang
Tapi siapa akan lupa, tanyalah
Anak-anak yang sekarang jadi dewasa
Gemparnya MacMichael di bumi bertuah
Menyebabkan namamu harum di lembah

—IMEJ
—Kesan gambaran yang timbul daripada penggunaan kata, ungkapan dan ayat dalam puisi
—Kesan timbul daripada imej yang bersifat penglihatan, pendengaran, bau dan rasa.
Setiap malam dibuka jendela
Yang kelihatan adalah
Pohon-pohon pucat
Seekor kucing kurus di jambatan
Menanti kepulangan cahaya pagi.

—BUNYI
—Keindahan bunyi terlaksana daripada kata-kata atau rangkai kata yang terpilih, teratur dna berfungsi dalam keseluruhan puisi
—Peranan unsur bunyi akan terasa dan terdengar kelembutan serta kemerduan apabila dideklamasikan.
1.Irama – alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur.- disebut nada, iaitu berhubungan dengan perasaan penyair- nada melankolik, nada sinis, nada protes, nada patriotik, nada romantis
2.Rima – persamaan bunyi di hujung baris – wujudkan kesan muzik bahasa
—Selamat menulis puisi
Suara Gaza – Nor Raudah Siren
Percikan api di Gaza tidak seperti
Percikan bunga api di sorak merdeka Kuala Lumpur
Percikan api di Gaza
Bersama percikan darah dan air mata
Tangisan anak-anak Gaza tidak seperti
Tangisan anak-anak Malaysia yang merajuk
Minta dibelikan KFC dan Mc Donald
Tetapi tangisan anak-anak Gaza
Merintih minta ibu dan ayah
yang hilang bersama asap dan runtuhan

Jeritan di Gaza tidak seperti
Jeritan rakyat Malaysia di padang merdeka
Menyokong Indraputra merentas gawang lawan
Tetapi jeritan di Gaza
Meraung anak-anak yang terkulai
Oleh Israel berjiwa syaitan .
Gaza
Tetapkan hati pada tuhan
Serahkan jiwamu dengan kerendahan
Mimpi ngerimu takkan berulang
Kerana kami bersamamu berjuang
-makanan, wang, ubatan
-Boikot, tentera dan senjata Adalah nilai sebuah kasihan?

WE WILL NOT GO DOWN

(Song for Gaza- Michael Heart)

A blinding flash of white light

Lit up the sky over

Gaza tonight People running for cover

Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes

With ravaging fiery flames And nothing remains

Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die

We will not go down In Gaza tonight


Women and children alike

Murdered and massacred night after night

While the so-called leaders of countries afar

Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain

And the bombs fell down like acid rain

But through the tears and the blood and the pain

You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die

We will not go down In Gaza tonight

No comments:

Post a Comment