MULAKAN MATA PENAMU DENGAN NAMA ALLAH

Assalamualaikum,
Memulakan penulisan bukan semudah yang disangka. Ia ibarat menjahit pakaian yang memerlukan kemahiran dan strategi agar pakaian akan kelihatan cantik, kemas dan menarik.
Sebenarnya, menulis adalah aktiviti yang amat menarik kerana ia memberi peluang kepada kita meluahkan segala perasaan, pemikiran dan kritikan terhadap persekitaran. Malah penulisan juga boleh menjadi alat untuk menyampaikan dakwah Islam, di samping boleh menjana kewangan sendiri.
Penulisan boleh diasah.Oleh itu, mari kita belajar penulis sambil BERDAKWAH!

Tuesday, March 10, 2009

KULIAH 2: Kemahiran Berfikir dalam Penulisan

Pengenalan
Menulis ialah proses membuat keputusan: menentukan idea dan imej yang dapat menyampaikan maklumat dengan cara terbaik; menentukan perkataan dan penyampaian yang paling sesuai untuk mengutuskan maksud; menentukan susunan fikiran yang paling berkesan; menentukan bentuk dan laras pengucapan yang sesuai; menentukan fokus; menentukan tahap kebolehbacaan

Soalan membina pemikiran
Menulis boleh memilih jalan sendiri sama ada jalan yang jauh atau jalan yang mudah- yang penting menyeronokkan
Pemikiran ialah mempelajari sesuatu walaupun untuk menyoal soalan kita sendiri
Untuk memikirkan isu-isu yang kompleks perlukan soalan-soalan yang kompleks dan perlu dicatat kerana idea yang sukar dan kompleks tidak tercapai oleh kita tanpa pena dan kertas yang bertindak sebagai mekanisme storan – penulisan menyimpan idea untuk kita
Audiens yang bagaimana ingin ditujukan penulisan
Setakat mana audien memahami subjek dan sejauhmana penulis mahu memandu pembaca memahami subjek?
Bentuk penulisan yang mana lebih terkesan kepada pembaca sasaran?
Kenapa anda memilih bentuk penulisan tersebut ?
Adakah anda berfikir idea-idea yang baru dan kompleks?
Apakah style atau gaya yang anda mahu gunakan?
Apakah jenis-jenis luar duga yang anda mahu tonjolkan?

Catatan membolehkan kita berpegang kepada satu idea sementara menerokai beberapa idea di sebalik pemikiran anda
Penulisan juga menemukan anda berfikir perbezaan dan keserupaan sesuatu subjek yang difikirkan
Penulisan merupakan cara akal berfikir melampaui apa yang terfikir olehnya
Penulisan menyampaikan idea yang lazimnya terlalu kompleks untuk ditanggung oleh akal
Penulisan dibentuk hasil sebuah bahasa dan pemikiran yang khusus
Menulis mengambil berat tentang kecenderungan asas pemikiran manakala membaca adalah untuk memahami pemikiran orang lain.
Seseorang penulis perlu sentiasa berfikir tentang pemikiran dan menulis tentang penulisan serta sanggup menanggung risiko
Tiada seorangpun berupaya membaca pemikiran anda kecuali membaca hasil penulisan anda
Memiliki pemikiran yang arif memastikan anda sentiasa mempunyai persediaan untuk menulis perkara yang dihajati dan berupaya mengenali jawapan kepada soalan atau masalah
Memori pemikiran anda

Buku log – mencatat masa yang anda habiskan untuk setiap fasa penulisan;
1. Proses berfikir, membaca dan mengumpul idea
2. Proses menulis draf pertama
3. Proses membuat penyemakan
4. Masa yang terbuang tanpa menulis
Catatkan dan ingatkannya dalam buku harian/ diary perkara-perkara yang membolehkan anda menulis dengan baik;
1.Masa
2.Tempat
3.Suasana

Dana idea – simpan dana imej-imej yang menakjubkan dan yang anda temui pada masa-masa yang tidak menentu, sebab-sebab tidak terfikir, tidak terduga
Bank keratan – potong keratan akhbar atau copy, salin perenggan yang menarik perhatian sama ada subjek, gaya atau nada.
Ia akan jadi bahan mentah, model dan rujukan primer
Kajian sendiri – catat keupayaan peribadi, kecenderungan, kekhuatiran, keraguan tentang penulisan anda.
Apakah perkara-perkara yang mengganggu penulisan anda
Fikirkan tentang perhubungan yang menyeluruh kepada gabungan idea-idea yang dipilih
Memikirkan konsep dalam penulisan
Penulisan terbentuk dari konsep yang telah ditafsirkan oleh minda penulis
Pembentukan konsep adalah penting apabila fikiran cuba mentafsirkan dunia
Pemahaman konsep akan menyesuaikan diri kita dengan beberapa struktur yang menerangkan apa yang kita lihat
Kenalpasti konsep yang menjadi pegangan anda dan bahagian-bahagian konstituen kategori yang anda lakukan- sempadan konsep untuk penulisan anda.
Lihat sesuatu konsep yang baru, sesuai atau tidak dan kenapa pilih atau tidak pilih konsep tersebut – untuk selesaikan masalah idea

Aspek-aspek Kemahiran Berfikir
Berfikir secara jelas – tetapkan pernyataan tesis dan ayat topik, fokus subjek, tentukan tahap kebolehbacaan, kepautan idea
Berfikir secara tersusun – Tetapkan sudut pandangan, aliran susunan/pergerakan idea: susunan natural (ruang dan masa) dan susunan secara logikal (analisis, klasifikasi, perbandingan, induktif, deduktif)
Berfikir secara logik – pemikiran yang wajar, rasional dan beralasan: pemujukan rasional (penghujahan) dan pemujukan tidak rasional (emotif)
Berfikir secara kreatif dan imaginatif - idea baru, sikap baru, perspektif baru, kemahiran baru, susunan baru atau maklumat baru serta gaya penulisan tertentu
Berfikir secara gramatis – bentuk nahu yang betul dan makna semantik yang wajar (Dia makan segelas air)
Berfikir secara kritis- kebolehan menilai subjek dan persembahan secara objektif: membuat penelitian yang mendalam, pembutiran yang teliti, penilaian yang seimbang, pembuktian yang cukup dan pengadilan tanpa prasangka.

Penulisan Berkualiti
Mempunyai tujuan – mesej disampaikan untuk tujuan tertentu; memberitahu (informatif dan faktual), pendapat (hujahan logikal), penilaian (analitis dan kritis), hiburan (fiksyen)
Jelas – mengungkapkan idea dengan nyata, terang dan difahami
Mempunyai nilai kebolehbacaan –kefahaman, kelancaran dan minat membaca (Readability) dan keadaan tipografi (legibility)
Padu – berkesatuan dan berfokus pada satu tema/ tesis
Berpaut – berkesatuan pergerakan idea ke idea yang lain (transisi idea, ayat dan perenggan)
Tersusun – mudah mengikuti aliran penulisan – tidak berkecamuk
Bersinambung – idea tersusun, berpaut dan lancar, tidak tersekat-sekat.
Lengkap – unit fikiran yang sempurna, ayat lengkap (subjek dan prediket), perenggan yang bersatu, tesis, dan perkembangan struktur penulisan.
Kreatif dan Imaginatif – bahasa, idea, teknik persembahan
Tepat – maklumat benar dan bertanggungjawab memastikan kebenaran
Sopan – ukuran ketamadunan manusia. Perkara yang buruk boleh dipersembahkan dengan cara yang berbudi bahasa dan sopan

No comments:

Post a Comment