MULAKAN MATA PENAMU DENGAN NAMA ALLAH

Assalamualaikum,
Memulakan penulisan bukan semudah yang disangka. Ia ibarat menjahit pakaian yang memerlukan kemahiran dan strategi agar pakaian akan kelihatan cantik, kemas dan menarik.
Sebenarnya, menulis adalah aktiviti yang amat menarik kerana ia memberi peluang kepada kita meluahkan segala perasaan, pemikiran dan kritikan terhadap persekitaran. Malah penulisan juga boleh menjadi alat untuk menyampaikan dakwah Islam, di samping boleh menjana kewangan sendiri.
Penulisan boleh diasah.Oleh itu, mari kita belajar penulis sambil BERDAKWAH!

Tuesday, March 10, 2009

KULIAH 3: BENTUK-BENTUK PENULISAN

Secara umumnya, penulisan terbahagi kepada dua bentuk iaitu penulisan kreatif dan penulisan deskriptif.
•Kedua-duanya menyampaikan maklumat dan mengalami proses penulisan yang sama.

PENULISAN KREATIF/ FIKSYEN
•Penulisan yang mengalami proses membuat, membentuk dan merekacipta segala idea berdasarkan pengamatan, pengalaman dan ditokok tambah dari hasil imaginasi dan kreativiti pengarangnya.
•Penulis bebas melakukan apa sahaja mengikut bayangan, fikiran dan perasaannya.
•Segala idea disusun dengan bahasa yang indah, berkesan dan terpilih sesuai dengan genre yang dipilih.

A. PENULISAN KREATIF/ FIKSYEN (CEREKA)
•Tiga kategori: cereka, puitika dan gambar (motion).
•Cereka: Gabungan 2 perkataan ‘cerita’ dan ‘reka’ – cerita yang dikarang atau direka bukan berasaskan kejadian/ peristiwa sebenar.
•Cereka boleh ditulis panjang atau pendek.
•Mempunyai ciri-ciri naratif, berbentuk prosa atau puisi dan bersumberkan imaginasi.

CEREKA
•Melalui imaginasi – akan lahir emosi, fikiran dan firasat – kaitan dengan manusia: pengalaman, harapan, impian, cita-cita, fikiran dan emosi manusia.
•Perhubungan manusia dengan alam, dengan masyarakat dan dengan Tuhan.
•Dibina dengan plot atau jalan cerita dan disulami dengan unsur-unsur tertentu agar lebih mendebarkan, menghiburkan dan menyenangkan.
1. Cerpen
•Cerita rekaan yang pendek yang lazimnya dikaitkan dengan pembacaan yang singkat atau sekali duduk sahaja.
•Ciri-ciri: 5 – 10 halaman;
1.Satu tema yang menjadi tumpuan sejak permulaan cerita sehingga penyelesaian.
2.Ketunggalan plot dan hal-hal sampingan tidak diperlukan.
3.Jumlah watak yang sedikit dan terhad kepada watak penting sahaja
4. Setting atau latar yang singkat dan terhad.
5. Klimaks untuk menarik emosi ke arah peleraian. Segala masalah dan persoalan terjawab
Cerpen dibina dengan penuh hemat dan ekonomis. Dibina atas satu kesatuan bentuk yang benar2 utuh dan lengkap.

2. Novel
•Cereka yang panjang dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan cerpen tetapi lebih panjang dengan pelbagai bentuk plot, latar dan persoalan. Watak2 lebih ramai dan dibuat mengikut pembahagian bab.

3. Drama
•Berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud ‘gerak’ atau ‘action’ dlm b. Inggeris.
•Cereka yang ditulis untuk dipentaskan atau dilakonkan.
•Ciri utama drama ialah unsur konflik dibina melalui dialog2 watak.

PUITIKA
•Karangan berangkap, susunan kata-kata mengikut irama, bunyi dan kiasan.
•Keindahan melodramatikal adalah inti penulisan puitika.
•Ciri utamanya ialah tema, perasaan, nada dan tujuannya dicipta.
•Dua genre: Puisi lama dan puisi moden
•Puisi Lama: syair, seloka, pantun, peribahasa, gurindam
•Puisi moden: Sajak

GAMBAR (MOTION)
•Karangan humor atau sejarah. Gambar memainkan peranan dalam menyampaikan maksud di samping memberi gambaran kepada subjek atau cerita.
•Cerita dibina dari gambar yang menarik dan lucu.
•Komik, kartun, Cerita kanak-kanak

STRUKTUR PENULISAN KREATIF
B. PENULISAN DESKRIPTIF/ ILMIAH
•Bersifat ilmiah, akademik dan mempunyai kaitan dengan bidang epistemologi
•4 bentuk – penjelasan (exposition), penghujahan (argumentation), penceritaan (narration) dan penghuraian (description)
•Jenis – esei akademik, rencana, berita, laporan, buku dan autobiografi
•a. Penjelasan
•Tujuan: memberi pemahaman kepada pembaca tentang teks atau perkara.
•Dikenali dalam kewartawanan
•Menjawab soalan 5W1H
•6 metod perlu dilaksanakan dalam menjawab 6 soalan tersebut;
1.Identifikasi – tentukan subjek
2. Perbandingan dan perbezaan – Menerangkan subjek dengan memberi imej persamaan dan pertentangan dengan subjek lain.
3. Ilustrasi – kegunaan contoh dan gambaran untuk menjelaskan idea yang umum dan idea-idea fokus
4. Klasifikasi – penjelasan tentang sesuatu proses, perkara atau cara melakukan.
5. Definisi – memberi pengertian tertentu, makna dan takrifan subjek.
6. Analisis – pembahagian komponen dan menerangkan satu-persatu.

b. Penghujahan
Mengandungi pendapat dan penilaian penulis tentang sesuatu perkara atau subjek.
•3 kaedah – rayuan logik, rayuan emosi dan rayuan etika
1.Rayuan logik – hujahan berlandaskan alasan dan kesimpulan dengan pembuktian secara induktif dan deduktif
2. Rayuan emosi (pathos) – menguasai pemikiran pembaca melalui elemen perasaan, pengaruh, peribadi dan gaya kepengarangan.
3. Rayuan Etika (Ethos) – hujahan dari kombinasi bahasa, suasana atau bunyi dan mesej. Wacana bermoral, berbudi dan waras.

c. Penceritaan
•Pemberitahuan tentang sesuatu cerita.
•Boleh ditulis dlm bentuk naratif, esei atau rencana.
•Berdasarkan manusia dan peristiwa realiti.
•Untuk penekanan terhadap subjek, peristiwa yang berlaku, tema atau tentang tokoh.

d. Penghuraian
•Menterjemah sesuatu tanggapan, subjek, objek, atau manusia.
1.Huraian Objektif – menerangkan dengan tepat bentuk luaran sesuatu subjek dan bebas mengikut tanggapan penulis – kamera terhadap situasi sebenar.
2.Impresionis – sebagai pemberitahu dan memanipulasi emosi pembaca sehingga ditafsir secara berbeza.

STRUKTUR PENULISAN DESKRIPTIF
•Pendahuluan – kemuka definisi, sejarah atau pernyataan tesis
•Isi – mengandungi idea topik yang mengembangkan idea utama (tesis) dan dibina dalam perenggan.
•Kesimpulan – penutup yang berupa penemuan, cadangan, ringkasan dan rumusan.

BENTUK STRUKTUR PENULISAN DESKRIPTIF
•Fungsi Bentuk Piramid
•Pembaca boleh berhenti bila-bila masa
•Pembaca puas hati dengan maklumat yang diperolehi
•Penyediaan ruang atau kolum dan editor boleh potong jika tidak muat
•Mudah susun tajuk

JENIS-JENIS PENULISAN DESKRIPTIF: RENCANA
•Menghibur dan memberi maklumat tentang kejadian, keadaan atau aspek kehidupan.
•Merupakan kejadian sebenar
•Mengandungi fikiran, ulasan, huraian atau penceritaan sebenar

JENIS-JENIS PENULISAN DESKRIPTIF: ESEI
•Penulisan ilmiah dan formal dari segi bentuk dan gaya bahasa.
•Untuk tujuan akademik yang memerlukan sokongan, penerangan, hujahan dan pembuktian.

JENIS-JENIS PENULISAN DESKRIPTIF: LAPORAN PENYELIDIKAN
•Bentuk hasil penyelidikan yang mempunyai format tertentu.
•Mengandungi latar belakang masalah, literature review, hipotesis kajian, metodologi kajian, analisis kajian/ penemuan dan kesimpulan.

JENIS-JENIS PENULISAN DESKRIPTIF: KHUTBAH
•Mempunyai format tertentu dan disampaikan dalam bentuk pengucapan.
•Bersifat separa ilmiah dan tujuan berdakwah

JENIS-JENIS PENULISAN DESKRIPTIF: CERAMAH
•Ditulis sebagai persiapan penceramah untuk meningkatkan keyakinan dan persediaan kepada penceramah.

Sekian, jumpa lagi….

No comments:

Post a Comment