MULAKAN MATA PENAMU DENGAN NAMA ALLAH

Assalamualaikum,
Memulakan penulisan bukan semudah yang disangka. Ia ibarat menjahit pakaian yang memerlukan kemahiran dan strategi agar pakaian akan kelihatan cantik, kemas dan menarik.
Sebenarnya, menulis adalah aktiviti yang amat menarik kerana ia memberi peluang kepada kita meluahkan segala perasaan, pemikiran dan kritikan terhadap persekitaran. Malah penulisan juga boleh menjadi alat untuk menyampaikan dakwah Islam, di samping boleh menjana kewangan sendiri.
Penulisan boleh diasah.Oleh itu, mari kita belajar penulis sambil BERDAKWAH!

Monday, April 6, 2009

KULIAH 14 KEWARTAWANAN FOTO

Konsep
“Adalah gabungan antara media komunikasi perkataan dengan media komunikasi visual” (Wilson Hicks)

Matlamat kewartawanan
Pemberita atau penulis berperanan untuk melapor, menyampaikan maklumat dan memberikan interpretasi kepada pembaca.
Mereka juga perlu mewujudkan semula sesuatu pengalaman sama ada pengalamannya sendiri atau pengalaman orang lain yang menjadi sumber cerita atau berita.
Penulisan – bahasa dikongkong oleh peraturan nahu dan susunan ayat. Idea dibentang mengikut peraturan tatabahasa yang khusus.
Gambar – Idea dan maklumat dibentangkan serentak kepada pembaca dan proses penerimaan lebih pantas, terutama apabila disertai dengan perkataan yang sesuai.

Matlamat kewartawanan foto
Mewujudkan satu hasil komunikasi yang bergabung melalui penggunaan kedua-dua media, visual dan bahasa.
Jurugambar merupakan orang yang berkeyakinan kepada gambar dan bahan gambar.
Wartawan foto memberi sumbangan sepenuhnya kepada hubungan yang bererti antara penulis dan jurugambar
Menghasilkan gambar bagi mengiringi perkataan supaya peranan untuk mewujudkan semula pengalaman kepada pembaca dapat dilakukan secara lebih berkesan.
FK merangkumi bidangyang luas dalam hampir semua jenis kewartawanan cetak – berita bergambar, cerita bergambar dan rencana bergambar.
FK merupakan setiap usaha dalam media cetak dan media penyiaran yang menggunakan media foto untuk menghasilkan suatu aktiviti komunikasi.

Peranan kewartawanan foto
Menyampaikan maklumat
Menyalurkan idea
Melafazkan hasrat
Membentangkan keindahan budaya
Membentangkan keindahan alam
Peranan gambar dalam akbar
Memperkuatkan berita melalui visual
Sebagai bukti yang nyata dan tidak boleh diubah
Pembacaan lebih berkesan
Pembaca tidak perlu membayangkan dalam fikiran apa yang telah berlaku
Merangsang penerbitan
Merakam kejadian dan perkembangan

Sifat wartawan foto
Merakam Foto Kewartawanan (FK) mesti jujur dengan tidak memutarkan fakta.
FK tidak boleh menipu pembaca atau penatap foto itu. Atas sifat foto berunsurkan berita maka ia tidak boleh bersifat bohong dan berbau fitnah.
Seorang Wartawan Foto adalah seorang Pemberita yang menyampaikan berita dalam unsur foto.

SIFAT FOTO BERITA
Sifat berita dengan 5W1H( Who? What? When? Where? Why? dan How? diguna pakai dalam membina sekeping atau lebih Foto Kewartawanan.
Kita akan menjadi penipu jika foto yang dirakam tidak benar.
Merakam foto kemalangan misalnya mesti ada penjelasan dalam foto itu tentang kemalangan tersebut (caption).
Contoh foto kemalangan
1. Who?-Siapa yang menimpa kemalangan?-Bangsanya Melayu, Cina, India dan sebagainya.2. What?-Apa terjadi pada kejadian kemalangan itu?-Mati, cedera parah atau ringan.3. When?-Bila kejadian itu- pagi, petang, siang malam?4. Where?-Di mana kemalangan berlaku, di highway Utara-Selatan, di Melaka, di Kedah, Kuala Lumpur
5. Why?- Kenapa nyawa tidak dapat diselamatkan dan sebagainya atau kenapa kemalangan itu berlaku? Kepala pecah, tersepit, ambulan lambat- pemandu tertidur, pemandu mabuk6. How?-Bagaimana kemalangan itu terjadi. Bas itu bertembung atau terbabas.

Pandangan visual
Gambar bukan sahaja hiasan, ia merupakan media komunikasi untuk difahami sesama manusia – perkara yang sukar untuk dipisahkan.
Sekeping gambar bernilai lebih dari seribu perkataan.

Proses kewartawanan
Bermula dari peringkat idea,
penyelidikan
Fotografi
Penulisan
Layout
percetakan
Gambar akhbar
Gambar berita mempunyai nilai berita yang bertahan selama 2 hari.
Gambar berita mengandungi peristiwa yang dirancang dan kejadian tidak dirancang
Gambar rencana pula mempunyai bahan bermaklumat
Gambar rencana sentiasa boleh menjadi bahan bacaan dan rujukan.

Jenis liputan gambar rencana
Pembangunan masyarakat – luar ukiran, lakon, muzik, nyanyian, kebudayaan
Sains dan teknologi – teknologi pertanian, pembuatan, perubatan, rekaan terbaru dll
Keganjilan alam dan kejadian - gerhana, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala.
Promosi – barangan, tempat, makanan tambahan, ubatan tradisional, pemakaian baju batek dll
Mendedahkan isu semasa – wabak SARS, selsema burung, tsunami,

Etika foto
FK tidak boleh merakamkan sebuah kemalangan ngeri. Sebab FK bukan foto yang dirakam oleh Polis untuk dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Contohnya merakam wajah mangsa kemalangan dalam keadaan terputus kepala.
Atau merakam foto mangsa pembunuhan yang rentung mati terbakar.
Justeru itu etika dalam FK perlu dijaga. Mangsa mungkin memiliki keluarga dan sahabat lalu hasil foto sedemikian akan menguris perasaan mereka.
Penampilan jurugambar sesuai dengan rambut, wajah, kasut, cara bercakap, berpakaian kemas dan perwatakan yang menyenangkan

Beberapa panduan merakam Foto Kewartawanan
Rakaman di majlis-majlis rasmi.
Majlis yang melibat pemimpin negara, masyarakat perlulah digambarkan bagaimana ia berlangsung.
Rakam bagaimana pemimpin itu berucap dengan menampakkan khalayak hadirin mendengar ucapan beliau.
Rakam bagaimana majlis itu berlangsung. Katakan pemimpin tersebut memalu gong, memotong reben, menepung tawar, menyampaikan sumbangan atau hadiah.
Menjadi trend sekarang Jurufoto Media suka merakam apa yang akan dilakukan oleh pemimpin tetamu dalam majlis itu. Contoh bersalam dengan anak-anak yatim, warga emas, merasai makanan yang dipamerkan.

BERUCAP
Khalayak yang mendengar ucapan

Peristiwa, kejadian
Merakam foto dalam kategori ini perlu menumpukan pada subjek yang hendak diberitakan.
Biasanya merakam foto sebegini harus melahirkan mood peristiwa itu.Contoh suasana kemalangan, kebakaran. Kita pastikan memaparkan suasana kelam kabut di lokasi.
keramaian

Kempen/ demonstrasi
Di arena sukanFotografi sukan adalah antara yang menarik untuk dirakamkan. Penggunaan alat tambahan seperti Telephoto Lens, atau Zooms Lens antara 200 - 500 mm membolehkan segala pergerakan athlet boleh dirakamkan dengan berbagai aksi.
Jurufoto mesti mengetahui sedikit sebanyak undang-undang sukan itu sendiri. Kawasan mana yang perlu dihindari agar ahli sukan tidak terganggu.
Jika merakam aksi sukan kebanyakannya Jurufoto dilarang menggunakan Flash. Begitu juga jika kita merakam foto di padang golf maka pastikan tidak mengganggu aksi pemain.
Kedudukan yang jauh dari pemain perlu dengan penggunaan Telephoto Lens.

GAMBAR SUKAN SEKOLAH
Penyampaian hadiah

BAHAN BERITA
Akhbar atau mana-mana media memerlukan foto yang boleh menjadi "Skop" untuk melariskan jualan mereka atau tajaan iklan.
Justeru anda walaupun bukan petugas media tersebut boleh menyumbang bahan-bahan berita bersama dengan foto yang dirakam.
Contoh jika anda seorang guru boleh mengirimkan berita atau rencana berserta foto mengenai kegiatan sekolah untuk dimuat dalam halaman pendidikan.

AKTIVITI DI SEKOLAH

JURUFOTO SAMBILAN (STRINGER)
Begitu juga jika anda boleh mengirimkan bahan untuk dimuatkan dalam mana-mana ruangan kegiatan belia, masyarakat.
Mungkin akhir sekali anda boleh dilantik menjadi Stringer (pemberita sambilan) untuk mewakili agensi berita tersebut.
Ada ketikanya Stringer lebih awal tiba sebelum wakil tetap agensi berita itu tiba untuk liputan lanjut.
Contoh jika berlaku kejadian yang mengemparkan di daerah anda, maka anda adalah orang pertama tiba kerana tempat kejadian itu berhampiran dengan rumah anda.
Hasilnya liputan awal akan menjadikan agensi atau media anda menjadi media yang terawal menerima berita.

MAJLIS JAMUAN SELEBRITI
Pertemuan visual
Pertemuan visual pertama – rakam apa sahaja subjek dari tempat seseorang berdiri
Pertemuan visual kedua – merakam dan membuat tanggapan bagaimana struktur pictorial dapat diubah secara visual seperti tambah pencahayaan, tukar sudut, pangkas dan kesan komposisi.
Pertemuan visual ketiga – melihat setiap perbezaan visual yang termungkin, analisa dan buat perubahan yang perlu- seperti menggunakan efek kamera, filter, tunggu hari yang sesuai dll sebelum rakaman dilakukan.

Literasi visual
Sebagaimana membaca bahasa tulisan, bahasa lambang dan bahasa isyarat, gambar juga seharusnya dibaca maksud yang hendak disampaikan.
Bezanya dengan tulisan ialah bahasa visual sukar untuk ditafsirkan kerana sifatnya yang berubah-ubah.
Sebagai jurugambar, menghasilkan visual yang boleh difahami adalah sama pentingnya dengan mentafsir sekeping gambar karya orang lain.
Kemampuan mentafsir bahasa visual ini dikenali sebagai literasi visual.
Melahirkan literasi visual
Mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai peralatan fotografi yang digunakan
Mempunyai daya kreatif dalam menggunakan alatan fotografi
Mampu menggunakan lambang dalam bahasa visual bagi mewujudkan kesan yang lebih mendalam, menjimatkan masa dan ruang berbanding bahasa tulisan

Kesan literasi visual
Jika soalan 5W1H timbul dalam gambar, maka bermulalah langkah pertama ke arah literasi visual kerana imej tersebut telah mencetuskan perasaan ingin tahu.
Liputan akhbar
Kenalpasti jenis liputan
Bawa peralatan kamera tambahan yang akan diperlukan
Pastikan waktu majlis bermula
Kenalpasti kemuncak majlis
Tinjau kesesuaian sudut dan kedudukan penggambaran
Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Bergerak secara sopan dan berkumpulan
Beri kerjasama dan hormati jurugambar yang lain
Catat semua nama personaliti penting dalam gambar dengan betul
Hadiri sesi kenyataan akhbar
Lakukan lakon semula sekiranya perlu
Rakam personaliti yang penting
Lakukan mugshot personaliti penting sedang beraksi atau berinteraksi.

Pendekatan rakaman foto berkesan
Tumpu kepada subjek utama
Paparkan subjek dengan jelas dan tidak telindung
Letakkan subjek pada komposisi yang sesuai, gunakan ruang frame dengan sebaiknya
Tentukan mesej yang tersurat dan tersirat
Masukkan unsur kehidupan – manusia
Aktifkan atau ceriakan subjek melalui aksi yang menarik
Sampaikan secara dramatik
Lihat dari sudut tiga dimensi
Rakam keadaan sekeliling yang membantu
Perhatikan unsur corak, bentuk dan garisan
Teruskan sifat ingin mencuba supaya hasil karya sentiasa segar

Maklumat penting perlu dicatit
Nama orang yang terlibat (kemalangan), yang membantu dan saksi
Jantina, umur, kedudukan pangkat
Arah dan tujuan asal perjalanan
Keadaan orang yang malang, cedera, parah, mati
Siapa dan apa lagi yang telibat
Tempat kejadian
Bagaimana perkara itu boleh berlaku
Imbangan komposisi (viewfinder)
Pangkasan/ cropping
Tujuan cropping ialah uhntuk memaparkan komposisi yang menarik
Tumpukan bahagian yang terpenting supaya mesej yang disampaikan lebih berkesan
Mengasingkan bahagian yang tidak dikehendaki yang tidak dapat dilakukan semasa penggambaran
Menyesuaikan komposisi dengan layout supaya ia bersesuaian dengan keperluan penerbitan.
Contoh cropping
..\QATAR MALAM\DSCF5769.JPG
..\bahrain2\DSCF5849.JPG
Menulis caption
Tulis caption dengan ringkas tapi padat
Elakkan menulis suasana yang terpapar dalam gambar
Tulis perkara yang tersirat
Catit penama dalam gambar dengan tepat
latihan
Fikirkan bahan-bahan untuk dijadikan makalah penerbitan yang mengandungi berita atau rencana
Berikan tajuk rencana/ berita yang dirancang itu
Buat tinjauan di tempat sasaran (jika perlu)
Gunakan kamera digital untuk merakam gambar dan gunakan pendekatan cerita bergambar
Sunting gambar dengan halaman bersaiz 10R
Persembahkan dalam 6 – 10 keping gambar

MENGENALI DUNIA FOTOGRAFI

MENGENALI DUNIA FOTOGRAFI

Kelengkapan kamera asas
Kamera SLR, Filem atau Digital
Lensa standard, Micro, telephoto, wide angle
Lampu flash – auto, TTL, manual
Filem speed bersesuaian – ISO 100, 200. 400. 800
Tripod
Bateri kamera/flash dan charger
Beg kamera yang sesuai

Memahami peralatan kamera
Kamera slr
Kamera astamatik
jenis kamera
Pada peringkat awal perkembangan kamera, jenis-jenis berikut telah diperkenalkan.
i. Ukuran Separuhii. Ukuran Leicaiii.Ukuran 6x6
i. Ukuran Separuh:
Kamera jenis ini boleh merakam gambar sebanyak dua kali ganda dari jumlah filem. Setiap exposer filem hanya separuh digunakan. Jika filem yang digunakan 36 exposer anda akan perolehi sebanyak 72 exposer
ii. Ukuran Leica:
Kamera jenis ini boleh diperolehi dalam bentuk negatif 24x56 mm.
Shutter kamera jenis ini dibentuk dalam dua jenis; Shutter Lens dan Shutter Focal Plane.
Terdapat dalam kumpulan ini Kamera Single Lens Reflex (SLR)
iii. Ukuran 6x6:
Ukuran jenis ini boleh diperolehi dalam format View Kamera. Terdapat dalam jenis Rengfinder Shutter Lens , Single Lens Reflex.
Terdapat dalam kumpulan-kumpulan ini ialah kamera Twin Lens Reflex (TLR) dan Single Lens Reflex (SLR)
i). TLR ialah kamera dua lens yang mempunyai peranan masing-masing. Lens yang dibawah berfungsi untuk membawa cahaya masuk ke filem. Manakala lens di atas berfungsi membawa cahaya ke Viewfinder.
ii). SLR ialah kamera yang berfungsi dengan satu Lens dan satu cermin pembalikan. Hasilnya apa yang dilihat pada tingkap penenang (Viewfinder) akan sama dengan rakaman di filem.

LENS
i. Lens:
Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.
Jenis - Jenis Lens:
Berikut ialah jenis-jenis lens.
a. Wide Angle Lensb. Standard Lensc. Telephoto Lensd. Zoom Lens
Gambaran pandangan lens
Wide angle lens
Merupakan Lens yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas. Berikut ialah jenis Lens Wide Angle.
16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm,
Jika lebih kecil angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya. Namun perlu diingatkan sudut yang luas akan memberi kesan lengkung.
Kelebihan wide angle lens
Imej lebih besar dari imej sampingan
Pemandangan lebih luas
Dinamik dan kesan herot/ ubah bentuk
Jurugambar kelihatan begitu hampir dengan subjek
Lens wide angle
Kesan herot pada gambar wide angle

Standard Lens
Lens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia. Lens ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret Contoh: 50mm, 55mm, 70mm.
Lens asas apabila membeli kamera
Kesan normal pada gambar
Bangunan kelihatan jauh

Telephoto Lens
Lens yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh.
Telephoto Lens juga berperanan untuk crouping gambar.
Contoh Lens: 135mm, 200mm, 300mm,500mm, 1000mm
Gambar jauh kelihatan hampir

Micro Lens
Lens yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up. Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens Standard dan Telephoto.
Contoh: 55mm, 105mm, 200mm
Lens 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm boleh merakam gambar mikro pada jarak jauh.

Sudut pandangan micro lens
Fokus pada objek

Zoom Lens
Lens yang menggabungkan beberapa ciri lens yang tersenarai di atas. Ini bermakna, dalam satu lens terdapat dua atau tiga sudut lens.
Contoh: 25mm - 55mm, 70mm -135mm, 80mm -200mm.

FUNGSI LENS
Pada sebuah lens terdapat fungsi-fungsi berikut.
a. Focusing Ringb. Aperture
a. Focusing Ring - Peranan Focusing Ring ialah untuk mencari jarak yang tepat agar gambar tidak kabur.
b. Aperture - alat bukaan lens yang juga dikenali sebagai f/stop.
Tanpa f/stop gambar tidak terhasil dengan baik. f/stop membantu menapis kemasukan cahaya ke filem.
Lobang f/stop yang besar ditanda dengan angka kecil. Manakala f/stop yang kecil diwakili oleh angka yang besar.

APERTURE
Contoh Aperture:
f32,f22,f16,f11 - lobang kecilf8,f5.6,f4 - lobang sedarhanaf3,f3.5,f2,f2.8 - lobang besar
Kesan Perbezaan aperture
Shutter speed
Selain itu komponen pada kamera yang berkait rapat dengan Aperture ialah Shutter Speed.
Shutter Speed ialah Kelajuan Bukaan Lens. Shutter Speed ditanda dengan angka.
Contoh Shutter Speed ialah:
1/B - Shutter Speed paling perlahan1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30 - Shutter Speed perlahan1/60,1/125,1/250 - Shutter Sederhana1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju
1/1 bermaksud bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000.
1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya.
1/4000 merupakan Shutter Speed paling laju. Namun terdapat satu lagi Shutter Speed yang boleh dibuka seberapa lama yang anda mahu, iaitu Shutter Speed 1/B
Penggunaan Shutter Speed yang tepat dengan Aperture akan menentukan penghasilan gambar yang baik. Jika tidak gambar akan under atau over expose.

Aperture dan shutter speed
Fungsi Aperture Dan Shutter Speed
i. Aperture berfungsi untuk menghasilkan gambar yang bermutu. Untuk mendapatkan gambar yang tajam (Sharp), gunakan Aperture yang kecil agar Depth Of Field menjadi tajam.
Depth Of Field ialah keadaan gambar Out Focus atau In Focus
Jika mahukan gambar yang kabur di bahagian latar belakang, gunakan Aperture yang sederhana. Keadaan gambar akan menimbulkan kabur di bahagian latar belakang. Namun penggunaan jenis lens juga akan memberi kesan yang baik untuk teknik ini. Contoh Lens yang dimaksudkan ialah Micro, atau Telephoto.
Penggunaan Aperture juga boleh mempengaruhi keadan gambar menjadi Soft atau High Contras.
Ketika menggunakan flash sila pastikan penggunaan Aperture yang betul agar gambar yang anda rakam tidak over atau under exposes.
ii. Shutter Speed digunakan untuk rakaman gambar yang bergerak.
Contohnya merakam sebuah kereta yang sedang bergerak gunakan Shutter Speed yang laju (1/250) oleh itu kereta yang dirakamkan akan terhenti di dalam gambar.
Shutter speed perlahan
Teknik Panning boleh digunakan dengan menggerakkan kamera mengikuti pergerakan kereta hasilnya latar belakang gambar akan kabur. Latar belakang yang kabur itu disebabkan oleh pergerakan kamera.
teknik panning
Peralatan tambahan

EXPOSER METER
Fungsi exposer meter
Exposer Meter merupakan alat tambahan yang membantu bagi mendapatkan gambar yang baik.
Jika sebelum wujud Exposer Meter penggiat senifoto perlu mahir memahami keupayaan cahaya. Exposer Meter boleh mengukur cahaya dengan tepat dan pantas.
Terdapat dua jenis Exposer Meter di pasaran
a. Exposere Meter Binaan Dalamb. Exposere Meter Bebas Guna
a. Exposere Meter Binaan Dalam-
Exposer Meter jenis ini mudah digunakan. Komponennya dibina di dalam kamera. Namun anda perlu mahir menggunakannya jika tidak gambar akan under expose.
Contoh jika mengambil gambar di kawasan berlatar belakangkan cahaya yang kuat. Cahaya yang dimaksudkan seperti di pantai bilamana latar belakangnya adalah langit dan air laut pada waktu siang. Objek yang berada di sekitarnya akan hitam jika pengiraan tidak tepat.
Kamera sekarang semuanya disediakan dengan Exposere Meter jenis ini.
b. Exposere Meter Bebas Guna
Exposer jenis ini direka berasingan dengan Kamera. Cahaya yang diukur dengan menggunakan exposer jenis ini lebih tepat kerana ia boleh diukur pada keadaan cahaya yang sebenar.
Kerja-kerja mengambil gambar yang berbentuk pengiklanan lebih mudah dilakukan termasuk juga kerja-kerja Close-up dan Modeling.
Exposer meter Bebas Guna terdapat dalam dua kategori.
i. Exposer Meter Daylight: Hanya mengira cahaya Matahari atau cahaya buatan seperti cahaya lampu. ii. Exposer Meter Elektronik: Untuk mengira cahaya dari lampu flash studio.
Gambar di bawah cahaya matahari

GAMBAR CAHAYA BUATAN
flash
flash
Flash membantu kerja-kerja senifoto jika keadaan di lokasi kurang atau ketiadaan cahaya.
Flash dapat membantu menghilangkan bayangan (shadow) pada muka model jika rakaman dilakukan di bawah cahaya matahari
Pembinaan flash adalah di luar sebuah kamera.
Namun sudah ada flash yang dibina pada kamera. Umpamanya kamera astamatik telah sedia dibina flash.
Namun flash ini tidak boleh memberi kepuasan pada senifoto kreatif.
Penggunaan flash
Flash dibina untuk penggunaan yang begitu maksimum.
Pada peringkat awal wujudnya flash, ia hanya disediakan bagi penggunaan manual.
Flash jenis ini hanya boleh berfungsi dengan mengeluarkan cahaya paling maksimum walaupun gambar yang dirakam itu dekat.
Flash moden telah dibina dengan fungsi automatik. Dengan fungsi ini flash boleh diubah suai mengikut keadaan objek yang hendak dirakamkan.
Fungsi automatik ini menjimatkan pada flash .
Pada fungsi automatik beberapa faktor perlu diambil perhatian.
Beberapa butang control hendaklah diletakkan pada tempatnya.
Butang mengawal kedudukan Aperture, Shutter Speed (ASA).
Jika kedudukan butang ASA tidak diletakkan pada kedudukan yang betul, maka kiraan f/stop, Shutter Speed akan menjadi tidak tepat. ASA 100 akan memberikan f/stop 8 untuk jarak tiga kaki ke bawah. Tetapi pada ASA 400 kiraannya ialah f/stop 11.
Pada kebanyakan kamera era sekarang Shutter Speed untuk penggunaan flash ialah 1/60 dan 1/125.

FILTER
filter
Filter dibuat dari plastik tahan lasak yang berkualiti tinggi. Ada juga yang dibuat dari kaca yang bermutu.
Filter berfungsi menyelamatkan lens dari terkena debu, terguris yang mungkin menyebabkan lens rosak.
Filter juga berfungsi untuk memberi kesan sampingan pada gambar warna dan memberi kesan High Contras dan Low Contras pada filem hitam putih.
Filter ultra voilet (UV) membantu mencegah Lens agar tidak tercalar.
Sementara Filter yang membantu membuat pembetulan ialah Filter Biru, Merah, Kuning, Polarizing. Star Filter, Multi Filter.
Filter-Filter ini juga membantu untuk kesan sampingan (Special Effec).

PENCAHAYAAN
Cahaya adalah elemen penting untuk menghasilkan karyafoto. Jika cahaya tiada, senifoto tidak dapat dihasilkan.
Cahaya tidak dapat di pisahkan dari warna. Hasilnya dalam cahaya ada warna. Cahaya umpama lagu dan irama (nayan ahmad, 1993 –
Dalam cahaya ada warna yang boleh dihasilkan agar karya foto menjadi lebih menarik. Tidak semestinya warna yang pudar akan menghasilkan karyafoto yang tidak bermutu
Cahaya matahari merupakan cahaya yang paling bermutu dan terbaik. Tapi cahaya bantuan seperti cahaya Studio, Flash, Bulan, lilin, lampu rumah dan bandar diperlukan agar karyafoto boleh dihasilkan.

FOTO MAJLIS
cahaya yang terang dengan bantuan flash, lampu studio amat diperlukan.
Dalam perniagaan, menghasilkan foto di majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi, foto yang terang akan menarik perhatian pelanggan.
Tidak guna menghasilkan foto pudar dan kabur.
Merakam foto di majlis perkahwinan, sambutan harijadi, khatam quran, lawatan orang-orang besar, biasanya cahaya yang digunakan ialah bersumberkan flash.
potret
Untuk menghasilkan karya potrek, berbagai cara boleh dihasilkan. Kalau anda menggunakan flash itu adalah salah satu cara yang mudah. Gunakan teknik lantulan cahaya dari silling, dari reflektor dan sebagainya. Hasilnya tidak kurang menarik.
Menghasilkan potret juga tidak semestinya hanya dengan cahaya, tapi anda boleh hanya menggunakan reflektor khas, yang boleh dibeli atau direka sendiri.
Cahaya Daylight
Cahaya Daylight adalah golongan cahaya seperti matahari, flash, flash studio.
Cahaya ini mengeluarkan warna biru.
Cahaya ini akan menghasilkan foto tanpa mengubah warna asal objek.
Cuma jangan menggunakan filem Tungsten jika tidak anda akan memperolehi foto kebiruan.

CAHAYA TUNGSTEN
Cahaya Tungsten pula ialah satu cahaya yang akan menghasilkan perubahan pada foto jika anda menggunakan filem Daylight.
Cahaya ini dihasilkan oleh cahaya lampu di bandar-bandar, rumah, bangunan, stadium.
Namun jika anda menggunakan flash dalam cahaya itu, hasil foto akan berubah menjadi normal.
Merakam foto seperti di persembahan teater tidak boleh menggunakan cahaya flash. Justeru, anda hendaklah menggunakan filem ASA tinggi.

WARNA CAHAYA
Warna cahaya memainkan peranan penting dalam menghasilkan foto.
Oleh itu menghasilkan foto dari kemerahan cahaya tungsten juga tidak menjadi kesalahan.
Contohnya menghasilkan karya dengan menampakkan kemerahan cahaya yang wujud di persekitaran pentas teater.
Foto-foto begini memberi impak bahawa suasana pementasan ketika itu tegang.
Warna yang terhasil juga menerangkan keadaan, sifat suasana sewaktu rakaman dilakukan.
warna merah boleh menyegarkan mata memandang!
Cahaya dapat menimbulkan mood pada gambar.
Contoh pencahayaan
menghasilkan foto landskap amat baik jika dilakukan antara jam 10 pagi - 3 petang bergantung pada cuaca , jika mendung atau hujan ini tidak memungkinkan cahaya akan bermutu. Waktu begini cahaya akan memberi keadaan kontras
Menghasilkan potret adalah sesuatu bidang yang amat digemari oleh karyawan foto.
Jika suatu masa dulu, ramai karyawan foto berbangsa cina menggunakan studio, kini telah ramai di antara mereka suka merakamkan foto di luar seperti di taman-taman bunga.

KULIAH 13 PENULISAN DI MASJID

PENGENALAN

Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad mengatakan komunikasi Islam bertanggungjawab dalam usaha menyampaikan kalam Allah di atas muka bumi ini. Oleh itu, beberapa landasan prinsip berkomunikasi secara Islam perlu dijadikan garis panduan iaitu merangkumi dari aspek perancangan menentukan idea hinggalah bagaimana komunikasi itu berlangsung.

Perancangan dan pengisian ini akan mampu membentuk penulisan atau pengucapan yang baik bagi menjamin keberkesanan seseorang komunikator itu menyampaikan mesej dakwahnya.


Zulkiple Ab. Ghani menambah, oleh kerana komunikasi Islam bersifat mission yang menggesa umat Islam berterusan menyebarkan mesej Islam, maka komunikasi Islam perlu memberi manfaat ke arah kesejahteraan manusia sejagat.

PERANAN MASJID
Masjid sebagai tempat pembinaan semula semangat spiritual dan kerohanian menerusi solat, mengingati Allah S.W.T dan juga ibadat lain yang dilaksanakan dengan sepenuh jiwa dan keikhlasan (SM Darsh M. Akram Khan, S. Hassan, Yusuf Islam (eds.)(1996).
Oleh itu, penulisan akan membantu melaksanakan fungsi masjid tersebut.

Masyarakat di Malaysia tidak mempunyai budaya membaca yang baik. Tetapi mereka akan membaca sesuatu yang ringkas dan mudah difahami serta segera selesai membaca dengan sekali duduk, ditambah pula dengan gambar-gambar yang menarik menghiasi halaman. Oleh itu penerbitan brosur, pamplet dan risalah tentang Islam boleh dilakukan oleh masjid-masjid sebagai bahan tambahan dalam usaha menyampaikan bahan bacaan melalui penulisan.
Genre Penulisan yang sesuai di masjid
Kandungan yang penting dan diminati oleh khalayak dalam sesuatu penulisan ialah tentang isu semasa dan pengetahuan am sama ada di luar Negara atau dalam Negara yang dilihat dari perspektif Islam. Antara bahan yang boleh ditulis ialah tentang pembangunan akidah, pembangunan syariah dan pembangunan akhlak.

Kajian yang dilakukan mendapati khalayak yang meminati bahan bacaan terutamanya majalah ialah belia yang berumur antara 20 – 38 tahun. Ini kerana, mereka sedang membina kemahiran diri sama ada ingin menjadi isteri yang baik, suami mithali, ibu yang baik atau seorang pekerja yang baik.

Penulisan Buletin/Risalah Masjid
Risalah masjid amat berguna untuk rujukan khalayak bagi mendapatkan maklumat tentang aktiviti dan pengisian rohani dari pihak masjid. Artikel atau rencana ditulis untuk mengisi ruangan buletin yang diterbitkan untuk tatapan umum.

Rencana atau artikel yang mengandungi maklumat Islam seperti asas hukum Islam atau hukum semasa serta fatwa-fatwa baru yang diwartakan untuk dibaca oleh ahli kariah terutama semasa menunggu sesuatu majlis atau sedang menunggu waktu solat.
Penulisan Risalah
Penulisan Rencana Majalah
Penulisan Tokoh

Buletin juga boleh diterbitkan untuk memaparkan segala aktiviti yang sudah atau akan dilaksanakan untuk pengetahuan ahli kariah. Melalui pengetahuan tersebut, akan mampu menarik keinginan ahli kariah untuk menyertai aktiviti-aktiviti masjid yang akan dijalankan kelak. Buletin yang mengandungi Takwim aktiviti tahunan yang dirancang juga akan membantu masyarakat menyusun masa mereka untuk menyertainya.

Penulisan Modul Kursus
Setiap kursus dan pengajian yang dijalankan oleh masjid hendaklah disediakan modulnya dan notanya dicetak dengan baik agar kelihatan teratur dan tersusun untuk rujukan peserta. Penulisan modul ini memperlihatkan kesungguhan pegawai masjid menyampaikan maklumat kepada masyarakat atau peserta dan memperlihatkan keprihatinan pegawai masjid kepada keperluan masyarakat.

Penyediaan dan penulisan modul kursus akan membantu meningkatkan kefahaman peserta dan sebagai rujukan apabila kurang jelas tentang perkara yang sedang disampaikan oleh penceramah.

Modul juga akan menjadi kursus yang dianjurkan mempunyai silibus yang mempunyai kronologi pengajian yang teratur tanpa melompat-lompat.
Jenis-jenis Modul
i. Modul pengajian syariah – modul yang ditulis perlu bermula di peringkat asas ilmu syariah yang merangkumi pemahaman hukum, persoalan bersuci, solat, ibadat, pengurusan jenazah dan sebagainya. Modul yang tersusun dan terancang serta mempunyai silibus pengajian akan memudahkan khalayak mengikuti kursus yang disediakan, terutamanya saudara baru dan golongan yang ingin mengetahui tentang Islam.

ii. Modul pengajian usuluddin – modul ditulis bagi memantapkan akidah seseorang penganut Islam. Penekanan terhadap aspek akidah yang benar perlu didedahkan kepada peserta melalui penulisan nota-nota untuk modul ini agar peserta boleh mengelakkan diri dari ajaran-ajaran sesat yang berkembang pesat pada masa kini. Ia melibatkan aspek ketuhanan, kerasulan, ilmu sam’iyyat, tafsir al-Quran, tafsir hadis, mustalah hadis dan sebagainya.

iii. Modul ketrampilan diri – modul ditulis bagi membentuk peribadi yang bersahsiah mulia, sesuai dengan ajaran Islam dan kemahiran-kemahiran dalam aktiviti keduniaan. Kemahiran ini perlu bagi meningkatkan kredibiliti Muslim agar dihormati dan disanjungi oleh masyarakat dari agama lain.
Penulisan Modul Kursus
Penulisan Kitab Pengajian

Penulisan Khutbah
Khutbah menjadi asas kepada kekuatan umat Islam dalam usaha mendalami, memahami dan menghayati ajaran Islam. Jamal al-Dinn(1971) menegaskan khutbah di zaman Rasulullah dan zaman khulafak disampaikan tanpa sebarang teks, ia datang dari hati dan ilham yang disampaikan secara spontan. Manakala Nawawi Duski (1981) memetik kata-kata Iqbal mengatakan bahawa perkataan yang keluar dari hati akan membekas ke dalam hati

Walau bagaimanapun, di zaman yang serba pantas ini, teks khutbah perlu ditulis agar tidak berlaku penyelewengan pemikiran. Teks khutbah biasanya ditulis oleh khatib sendiri atau disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri untuk dibaca oleh khatib. Bagi memanfaatkan isi kandungan khutbah agar boleh tersebar kepada semua golongan terutama kaum wanita yang tidak berkesempatan mendengar khutbah jumaat, penulisan khutbah jumaat akan membantu mereka memperolehi maklumat yang sama.

Penulisan Teks Ceramah
Teks ceramah amat penting untuk penceramah dan rujukan khalayak yang hadir. Penulisannya perlu dilakukan berdasarkan bentuknya yang tersendiri bagi menjamin keberkesanannya. Proses penulisan ceramah bermula dengan keinginan dan fokus yang difikirkan oleh penceramah untuk berusaha mencari idea dan maklumat. Oleh itu, fikiran seseorang penceramah perlu bersedia untuk mencari dan mengumpul semua bahan yang berkaitan dengan topik yang ingin dibincangkan dalam ceramahnya.

Penulisan Tips dan Panduan Ibadah
Masjid juga sering dikunjungi sebagai tempat rehat dan ibadat para musafir. Mereka kadang- kala memerlukan panduan dan penjelasan tentang ibadat mereka terutama yang melibatkan kaedah solat Qasar dan Jamak serta syarat-syarat pelaksanaannya.

Tips atau panduan ibadah yang ditulis tidak boleh terlalu panjang. Ia boleh dilakukan dalam bentuk poster atau berbentuk booklet kecil dan mudah dibaca berserta dengan gambar-gambar yang menarik. Poster atau booklet berbentuk nasihat, sifat muslim sejati atau motivasi Islam juga boleh disediakan untuk bahan tatapan pengunjung masjid.
Penulisan Panduan Ibadah
Penulisan Surat dan Pemberitahuan

Penulisan surat rasmi amat penting dikuasai oleh seseorang pegawai masjid. Ini kerana keberkesanan sesuatu komunikasi yang formal antara organisasi dipengaruhi oleh surat yang dikirimkan. Malah Rasulullah S.A.W sendiri menyampaikan dakwahnya menggunakan kaedah surat untuk menyeru agar seseorang raja atau kaisar sesebuah negeri memeluk agama Islam.

Penulisan surat sebagai alat komunikasi bertulis yang ditulis oleh individu, jabatan, badan berkanun, swasta atau individu untuk berhubung secara rasmi atau tidak rasmi di antara satu sama lain. Ia berfungsi sebagai penyampai maklumat secara bertulis, dokumen yang boleh digunakan sebagai rujukan dan bahan bukti di mahkamah dan sebagai wakil duta (sama ada duta individu, jabatan atau Negara).

Surat yang sesuai dijadikan alat komunikasi di masjid boleh berupa surat jemputan mengadiri program, surat menyeru untuk mengimarahkan masjid, surat pesanan dan nasihat kepada ahli kariah dan surat takziah atau tahniah ajk masjid kepada ahli kariah sempena sesuatu kematian atau kejayaan mereka. Hubungan melalui surat ini menjelaskan rasa prihatin dan keintiman yang diwujudkan oleh AJK masjid kepada ahli kariahnya sekaligus mampu menambat hati mereka untuk bersama-sama mengimarahkan masjid atau membantu dalam pembangunan masjid sama ada secara material atau tenaga.
Kesimpulan
Penulisan merupakan alat komunikasi yang penting dalam memastikan pengurusan di masjid dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Keberkesanan komunikasi melalui penulisan yang diaktifkan di sesebuah masjid akan membantu penyebaran maklumat dan pengetahuan tentang Islam dengan lebih baik terutama untuk ahli kariah dan orang yang berkunjung ke masjid tersebut serta menjadikan masjid sebagai pusat ilmu pengetahuan yang baik dan dipercayai.

KULIAH 12 TEKNIK MENULIS CERAMAH

TEKNIK MENULIS UCAPAN
Pendahuluan yang menarik
Menstruktur maklumat
Merangkai idea
Menutup ucapan

PENDAHULUAN YANG MENARIK
Kunci ucapan dan tempat memancing minat
Mengarahkan perhatian/minat terhadap ucapan yang hendak disampaikan
Tempat pertama memperoleh tanggapan dan kesan – ada objektif: bakal memberitahu sesuatu yg penting dlm kehidupan

PENDAHULUAN
Ringkas – 15% dari teks: perkataan sesuai dengan maksud, suasana, mood, emosi, bertenaga, memberi erti dan setiap perkataan memberi maksud.
Perkataan beraksi – gunakan Kata kerja aktif: segar dan hidup.
Fokus- gambaran tubuh ucapan : menyatakan persoalan yg akan diketengahkan
Pendahuluan serasi dengan tajuk dan khalayak

JENIS PENDAHULUAN
Memulakan dgn menyatakan susunan teks: struktur isi dan skop
Memulakan dgn menyatakan tajuk: jangkaan persoalan isi
Mulakan dgn pokok persoalan atau fakta utama
Mulakan dgn pernyataan menggemparkan
Mulakan dgn sesuatu yang suspen: bangkitkan daya ingin tahu
Kemukakan soalan retorik: berkait dgn khalayak
Mulakan dgn contoh
Mulakan dgn berita terkini/ kejadian terbaru
Mulakan dgn takrif: konsep yg asing
Mulakan dgn perlukisan/imbasan lalu: tokoh
Pendahuluan petikan: madah, pujangga, tokoh besar- fokus inti ucapan
Pendahuluan latar belakang isu
Pendahuluan harapan
Menyatakan syukur
Memuji khalayak
Kaitkan dgn sesuatu tarikh tertentu
Pendahuluan lelucon
Menceritakan pengalaman terkini tetapi berkait dgn isu
Gunakan bantuan multimedia/ visual/ audio dll
Demonstrasi, lakonan, pengukuhan kredibiliti/kaitkan dengan isu yang dibicarakan dengan pengalaman diri.

MENSTRUKTUR MAKLUMAT
Menganyam fakta –subjektif, kreatif dan informatif: anyam gunakan kosa kata, ayat, perenggan dan unsur- bijak pilih fakta dan maklumat
Mencengkam khalayak- elakkan seperti membuat esei atau tulisan ilmiah: segar, bermaya dan tidak kaku, utk didengar, bukan dibaca
Membina wacana- lancar dan licin
Pengolahan – cara terbaik, mudah diikuti, susun idea, jalinan fikiran dan sampaikan secara lancar;
kata-kata aluan
Mengaitkan teks dgn khalayak
Pendahuluan
Isi dan mesej: maklumat, cadangan, langkah
Menjalin fakta dan gunakan retorik
Penutup
Ucapan disampaikan seolah-olah bercerita dgn membina ketegangan demi ketegangan, suspen dan tarikan sehingga pendengar puas.
Kronologi – isu dikupas bermula dgn keterangan dan andaian sesuatu isu, kemudian kupas bagaimana isu itu berlaku, diakhiri dgn kesimpulan berkenaan isu.
Bina tubuh ucapan dgn struktur binaan yang sesuai
Mengadun Maklumat – maklumat, data, statistik dan petikan sudah tersedia, hasil penyelidikan dan pemerhatian
Selit unsur-unsur ketegangan dan tarikan semasa mengadun maklumat, sulam fakta dgn teknik dan gaya yang sesuai.
Sampaikan bahan dengan lancar dari awal hingga akhir. Bahan disusun ikut keutamaan dan menggunakan peralihan yang menyatukan bahan ucapan.
Peralihan – sebagai menghantar dan memberitahu khalayak tentang perpindahan bahagian isi atau meletakkan bahan baru dalam tubuh ucapan
Peralihan juga sebagai penyatu bahagian ucapan agar lancar dan padu
Peralihan menyambung pergantian keadaan, situasi atau perenggan
Perkataan: selain itu, tambahan pula, umpamanya, justeru itu, tetapi, manakala, akhirnya, sementara itu, akibatnya, dll.
Tiga prinsip pokok ucapan;
Kesatuan antara pendahuluan, tubuh dan penutup
Tubuh ucapan memiliki pertalian dan ikatan antara semua bahagian
Tubuh ucapan memperlihatkan penekanan dan fokus pada setiap bahagian.
Kreativiti – pembinaan struktur tubuh teks perlukan kreativiti.
Jangan sogokkan semua fakta mentah-mentah kpd khalayak – menyebabkan khalayak tercekik atau sukar menelannya.
Rangka ucapan perlu dibuat dgn rapi supaya tahu cara menyelitkan dan menganyam fakta tanpa melonggokkannya.

MERANGKAI IDEA
Maklumat yang kita ada ibarat selonggok batu-batan, simen, kayu, paku dan alatan lain untuk membuat rumah.
Peralihan merupakan simen yang mengikat batu atau dalam perkataan ialah kata, frasa, ayat atau perenggan.
Unsur-unsur – alatan untuk mencantikkan binaan;
Pengulangan kata – hasilkan rentak/ penekanan terhadap perkara penting dlm ucapan
Urutan Aksi/ faktor – senaraikan perkara atau faktor yang hendak dinyatakan dlm ucapan. Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat, Kelima dll.
Peralihan Masa – ikut urutan tahun dan perkataan "kemudian", "diikuti", "seterusnya", "dalam tempoh yang sama" dll.

FOKUS
Fokus pastikan bahan bergerak pd landasan yg betul, pusat fikiran dan tema utama penulisan
Umpama tiang pasak yg menjamin kekukuhan dan kemantapan ucapan- tentukan arah dan haluan ucapan
Bahan relevan dgn tema dan skop
Penting sebagai bahan pengembang tema yg dibatasi jumlahnya
Kemungkinan boleh dikembangkan dgn lebih lanjut

PESANAN
Ucapan yang baik diukur dari segi dalamnya isi, bukannya panjangnya ucapan itu.

PENUTUP
Penutup – langkah hendak keluar dari rumah dgn beradab
Buat rumusan tajuk
Rangkai kata hormat: "sebelum mengundurkan diri", "akhir sekali" dll
Kemukakan pantun penutup, madah
Jangan kemuka fakta baru
Rayuan atau harapan spy ada tindakan
Meninggalkan tanggapan positif
Tutup dgn visi atau pandangan masa depan, jika akur dgn saranan perucap
Penutup ulangan pendahuluan/ idea utama
Penutup terdekat dari perenggan sebelumnya yang mempunyai soalan, penutup menjawabnya
Penegasan semula tujuan ucapan
Anekdot – dari cerita sebelumnya/sambungan
Penutup semula jadi – berakhir dgn sendirinya
Penutup kata-kata nasihat
Penutup soalan
Penutup petikan kata-kata tokoh/madah
Penutup ucapan tahniah dan syabas- penganjur, pendengar, pemenang

Penutup yang baik hanya boleh dicapai dengan menggunakan alat ataupun cara yang sesuai.

KULIAH 11: UNSUR-UNSUR DALAM PENULISAN

TEKNIK MENULIS UCAPAN
Pendahuluan yang menarik
Menstruktur maklumat
Merangkai idea
Menutup ucapan
PENDAHULUAN YANG MENARIK
Kunci ucapan dan tempat memancing minat
Mengarahkan perhatian/minat terhadap ucapan yang hendak disampaikan
Tempat pertama memperoleh tanggapan dan kesan – ada objektif: bakal memberitahu sesuatu yg penting dlm kehidupan
PENDAHULUAN
Ringkas – 15% dari teks: perkataan sesuai dengan maksud, suasana, mood, emosi, bertenaga, memberi erti dan setiap perkataan memberi maksud.
Perkataan beraksi – gunakan Kata kerja aktif: segar dan hidup.
Fokus- gambaran tubuh ucapan : menyatakan persoalan yg akan diketengahkan
Pendahuluan serasi dengan tajuk dan khalayak
JENIS PENDAHULUAN
Memulakan dgn menyatakan susunan teks: struktur isi dan skop
Memulakan dgn menyatakan tajuk: jangkaan persoalan isi
Mulakan dgn pokok persoalan atau fakta utama
Mulakan dgn pernyataan menggemparkan
JENIS PENDAHULUAN
Mulakan dgn sesuatu yang suspen: bangkitkan daya ingin tahu
Kemukakan soalan retorik: berkait dgn khalayak
Mulakan dgn contoh
Mulakan dgn berita terkini/ kejadian terbaru
JENIS PENDAHULUAN
Mulakan dgn takrif: konsep yg asing
Mulakan dgn perlukisan/imbasan lalu: tokoh
Pendahuluan petikan: madah, pujangga, tokoh besar- fokus inti ucapan
Pendahuluan latar belakang isu
Pendahuluan harapan
Menyatakan syukur
Memuji khalayak


JENIS PENDAHULUAN
Kaitkan dgn sesuatu tarikh tertentu
Pendahuluan lelucon
Menceritakan pengalaman terkini tetapi berkait dgn isu
Gunakan bantuan multimedia/ visual/ audio dll
Demonstrasi, lakonan, pengukuhan kredibiliti/kaitkan dengan isu yang dibicarakan dengan pengalaman diri.
MENSTRUKTUR MAKLUMAT
Menganyam fakta –subjektif, kreatif dan informatif: anyam gunakan kosa kata, ayat, perenggan dan unsur- bijak pilih fakta dan maklumat
Mencengkam khalayak- elakkan seperti membuat esei atau tulisan ilmiah: segar, bermaya dan tidak kaku, utk didengar, bukan dibaca
Membina wacana- lancar dan licin
MENSTRUKTUR MAKLUMAT
Pengolahan – cara terbaik, mudah diikuti, susun idea, jalinan fikiran dan sampaikan secara lancar;
kata-kata aluan
Mengaitkan teks dgn khalayak
Pendahuluan
Isi dan mesej: maklumat, cadangan, langkah
Menjalin fakta dan gunakan retorik
Penutup
MENSTRUKTUR MAKLUMAT
Ucapan disampaikan seolah-olah bercerita dgn membina ketegangan demi ketegangan, suspen dan tarikan sehingga pendengar puas.
Kronologi – isu dikupas bermula dgn keterangan dan andaian sesuatu isu, kemudian kupas bagaimana isu itu berlaku, diakhiri dgn kesimpulan berkenaan isu.
Bina tubuh ucapan dgn struktur binaan yang sesuai
MENSTRUKTUR MAKLUMAT
Mengadun Maklumat – maklumat, data, statistik dan petikan sudah tersedia, hasil penyelidikan dan pemerhatian
Selit unsur-unsur ketegangan dan tarikan semasa mengadun maklumat, sulam fakta dgn teknik dan gaya yang sesuai.
Sampaikan bahan dengan lancar dari awal hingga akhir. Bahan disusun ikut keutamaan dan menggunakan peralihan yang menyatukan bahan ucapan.
MENSTRUKTUR MAKLUMAT
Peralihan – sebagai menghantar dan memberitahu khalayak tentang perpindahan bahagian isi atau meletakkan bahan baru dalam tubuh ucapan
Peralihan juga sebagai penyatu bahagian ucapan agar lancar dan padu
Peralihan menyambung pergantian keadaan, situasi atau perenggan
Perkataan: selain itu, tambahan pula, umpamanya, justeru itu, tetapi, manakala, akhirnya, sementara itu, akibatnya, dll.
MENSTRUKTUR MAKLUMAT
Tiga prinsip pokok ucapan;
Kesatuan antara pendahuluan, tubuh dan penutup
Tubuh ucapan memiliki pertalian dan ikatan antara semua bahagian
Tubuh ucapan memperlihatkan penekanan dan fokus pada setiap bahagian.
MENSTRUKTUR MAKLUMAT
Kreativiti – pembinaan struktur tubuh teks perlukan kreativiti.
Jangan sogokkan semua fakta mentah-mentah kpd khalayak – menyebabkan khalayak tercekik atau sukar menelannya.
Rangka ucapan perlu dibuat dgn rapi supaya tahu cara menyelitkan dan menganyam fakta tanpa melonggokkannya.
MERANGKAI IDEA
Maklumat yang kita ada ibarat selonggok batu-batan, simen, kayu, paku dan alatan lain untuk membuat rumah.
Peralihan merupakan simen yang mengikat batu atau dalam perkataan ialah kata, frasa, ayat atau perenggan.
Unsur-unsur – alatan untuk mencantikkan binaan;
Pengulangan kata – hasilkan rentak/ penekanan terhadap perkara penting dlm ucapan
MERANGKAI IDEA
Urutan Aksi/ faktor – senaraikan perkara atau faktor yang hendak dinyatakan dlm ucapan. Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat, Kelima dll.
Peralihan Masa – ikut urutan tahun dan perkataan "kemudian", "diikuti", "seterusnya", "dalam tempoh yang sama" dll.
FOKUS
FOKUS
Fokus pastikan bahan bergerak pd landasan yg betul, pusat fikiran dan tema utama penulisan
Umpama tiang pasak yg menjamin kekukuhan dan kemantapan ucapan- tentukan arah dan haluan ucapan
Bahan relevan dgn tema dan skop
Penting sebagai bahan pengembang tema yg dibatasi jumlahnya
Kemungkinan boleh dikembangkan dgn lebih lanjut
PESANAN
Ucapan yang baik diukur dari segi dalamnya isi, bukannya panjangnya ucapan itu.
PENUTUP
Penutup – langkah hendak keluar dari rumah dgn beradab
Buat rumusan tajuk
Rangkai kata hormat: "sebelum mengundurkan diri", "akhir sekali" dll
Kemukakan pantun penutup, madah
Jangan kemuka fakta baru
Rayuan atau harapan spy ada tindakan


PENUTUP
Meninggalkan tanggapan positif
Tutup dgn visi atau pandangan masa depan, jika akur dgn saranan perucap
Penutup ulangan pendahuluan/ idea utama
Penutup terdekat dari perenggan sebelumnya yang mempunyai soalan, penutup menjawabnya
Penegasan semula tujuan ucapan
Anekdot – dari cerita sebelumnya/sambungan
PENUTUP
Penutup semula jadi – berakhir dgn sendirinya
Penutup kata-kata nasihat
Penutup soalan
Penutup petikan kata-kata tokoh/madah
Penutup ucapan tahniah dan syabas- penganjur, pendengar, pemenang
PESANAN
Penutup yang baik hanya boleh dicapai dengan menggunakan alat ataupun cara yang sesuai.

Tuesday, March 31, 2009

KULIAH 10: PEMERENGGANAN

STRUKTUR ESEI
Introduction
Beginning
Middle
End
Beginning
Middle
End

OUTLINE
Tema/Tesis
Fokus subjek
Definisi
Isi-isi utama/ topik subjek
Penjelasan
Pembuktian
Ekperimen
Kritikan
Kesimpulan

Pemerengganan
Penulisan suatu proses yang saling berhubungan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain.
Perenggan, ayat atau perkataan berperanan dalam menentukan gaya dan mempunyai peranan tertentu
Perenggan memainkan peranan utama dalam pembentukan keseluruhan penulisan.
Setiap perenggan mempunyai hubungan antara satu sama lain.
Perenggan terbahagi kepada 2 iaitu Paragraph Unity dan Paragraph function.
Paragraph Unity (Perenggan yang padu)
- Kepaduan perenggan perlu jelas dan dapat diikuti oleh pembaca.
- Kepaduan dalam perenggan menggambarkan kepaduan dalam pemikiran
- Kepaduan - kesamaan (homogeneity) dan ikatan (cohesiveness)
- Setiap perenggan mesti mempunyai ayat topik (topic sentence)
- Ayat topik merupakan pengembangan dari tesis penulisan.

Bentuk Paragraf
Topic sentence Details

Details Topic sentence
Ayat topik 1
Huraian
Ayat topik 2
Huraian
Ayat topik
Huraian

Bagaimana perenggan berfungsi (Paragraph Function)
- menyelesaikan masalah penulisan / memulakan penulisan dan menyudahkannya
- Percontohan (examples)
- Sebab dan akibat (cause and effect)
- Pendefinisian
- Contrast and comparison (perbezaan dan perbandingan)
- perenggan permulaan
- perenggan Penutup

FUNGSI PERENGGAN
Memberi kerehatan kepada pembaca setelah mengalami satu pemikiran dari bacaan tersebut.
Menjelaskan tentang faktra yang ada dalam perenggan tersebut.
Memfokus satu idea dalam satu perenggan
sekumpulan unit idea dan disusun mengikut jalinan idea tersebut.
Struktur dalam perenggan mesti ada ayat topik, Isi/ hujahan dan kesimpulan

JENIS-JENIS PERENGGAN
Perenggan pengenalan – daya penarik, menyampaikan latar belakang maklumat dengan tepat dan ringkas dan mengemukakan tesis penulisan
1.Ciri-ciri perenggan pengenalan: ringkas dan padat, sederhana pendek dan guna perkataan beraksi
2.Jenis perenggan pengenalan – pengenalan ringkasan, deskriptif, ucapan langsung, penceritaan dan pernyataan memeranjatkan

Perenggan Penutup – kesimpulan utk penulisan dalam bentuk pernyataan semula atau penegasan semula idea utama atau harapan penulis. Mengandungi penyimpulan, pengukuhan tema-mesej, penjelasan pengertian dan kepuasan penulis/ pembaca

Perenggan isi – perenggan mengisi tubuh penulisan dan mengemukakan idea topik dan perkembangan idea utama. Kebiasaannya mengandungi lima perenggan isi sekurang-kurangnya.

Struktur perenggan
PENGENALAN
ISI 1
PERENGGAN TRANSISI
ISI 2
PERENGGAN TRANSISI
PENUTUP

JENIS-JENIS PERENGGAN
Perenggan Transisi
– kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang laiun- memberitahu pembaca trentang idea baru, meletakkan isi dalam perspektif sebenar dan menyatukan bahagian idea dan hujahan.
Perenggan dialog/ kutipan – ditulis dalam petikan langsung dengan perenggan khas.

KULIAH 9 TEKNIK MENULIS RENCANA DAKWAH

RENCANA DAKWAH
Bentuk karangan yang menarik dan mempunyai ciri-ciri tertentu. Ditulis secara kreatif dan subjektif untuk tujuan menghibur di samping memberi maklumat dan penerangan.

Ditulis berdasarkan berita yang diolah sehingga mementingkan penyampaian, bukan isi kandungan.
Rencana dakwah, isi dan penyampaian sama-sama penting.
Dimuatkan dalam akhbar atau majalah untuk menyampaikan maklumat, menghibur, penerangan dan mentarbiah/ berdakwah mengenai kesyumulan Islam.
Rencana dakwah suatu bentuk pengisahan peristiwa, buah fikiran, ulasan, huraian dan penceritaan untuk tujuan berdakwah dan mentarbiah

CIRI-CIRI RENCANA DAKWAH
Benar
– fakta, maklumat atau bahan yang ditulis dapat dibuktikan kebenarannya.
Subjektif – bebas memberi pandangan, pendapat, fikiran dan emosi dalam penulisan. Tetapi dilarang menulis fitnah.

Kreatif –bebas menulis mengikut kreativiti masing-masing. Teknik fiksyen dan bukan fiksyen diolah tetapi tidak mengubah ketulenan bahan.
Teknik fiksyen- dialog, monolog, flash back, imbas depan, klimaks, plot dll
Teknik bukan fiksyen – penjelasan, perlukisan, penghujahan dan penceritaan

Segar - boleh disimpan beberapa hari, minggu atau bulan. Tidak terikat dengan masa dan bersifat relatif. Melihat fenomena dari perspektif yang berbeza.

Menghibur – bijak menangani peristiwa agar dapat diberi gambaran yang menarik. Tampilkan unsur-unsur dan gaya yang baik terutama semasa mengetengahkan human interest.

Bentuk – Formula asas ialah 5W1H tetapi rencana dakwah tidak terikat – lebih bebas.

Segi tiga piramid menegak
Segitiga piramid terbalik
Segitiga piramid kembar menegak
Segitiga piramid kembar terbalik
Segitiga piramid menegak kembar terbalik
Segitiga piramid terbalik kembar menegak

OLAHAN RENCANA DAKWAH
Struktur
– umumnya sama dengan deskriptif: pengenalan, isi dan kesimpulan. Tetapi diolah dengan menarik dan mengikut bentuk yang pelbagai.
Fakta –berdasarkan metode tertentu dan maklumat serta dokumen yang serius.
Kronologi - rangka penulisan mengikut rentetan peristiwa dan bijak menyusun idea dari yang terpenting kepada yang kurang penting.
Gabungan fakta dan cerita – fakta diolah dan dimasukkan unsur penceritaan sebagai menghidupkan peristiwa

JENIS-JENIS RENCANA DAKWAH
Penulisan rencana tokoh Islam
– bincangkan riwayat hidup tokoh yang memperjuangkan Islam – analisis kehidupan, tindak-tanduki, perasaan, keluh-kesah, kegagalan, kejayaan dll. Hidupkan penglibatan, perwatakan, perasaan dan jatuh bangunnya.

Kaedah penulisan rencana tokoh
1.Persediaan – pengetahuan asas tentang tokoh dan penyelidikan perpustakaan
2.Rasa ingin tahu terhadap tokoh – tentang perangai dan kemanusiaan tokoh
3.Mencari persoalan baru tentang tokoh – aspek dan persoalan yang belum disentuh oleh penulis lain tentang tokoh.
4.Mewawancara
5.Pemilihan tokoh – sumbangan dan teladan/ pemikiran
6.Penulis tokoh perlu tabah dan sabar serta minat
7.Kebijakan menyaring maklumat
8.Cara penulisan yang baik dan berkesan – ilmiah, separa ilmiah, popular – Cronical biography (fakta sejarah), pictorial biography (kehidupan peribadi) dan critical biography (menilai pemikiran/ peribadi)

Rencana Wawancara –dialog tentang isu/ fenomena tertentu mengikut kepakaran tokoh.
Tujuan wawancara;
1.Dapatkan pandangan/ ulasan tentang isu
2.Dapatkan ungkapan yang menarik
3.Kumpulkan maklumat tentang isu baru
4.Mengesahkan maklumat
5.Peluang membetulkan perkara sebenar.

Sumber maklumat – apa yang dikata, dilakukan dan tingkah laku sumber

Sifat wawancara – formal dan tidak formal.
Bentuk wawancara – bersemuka, telefon
Kekuatan dan kelemahan wawancara – memupuk persahabatan, byk soalan, perhati tindak tanduk, penjelasan, pengesahan identiti, byk maklumat, perkara berbangkit, terdedah dgn manipulasi, masa terhad, pendiam dan mengelak utk menjwb soalan.
Wawancara memerlukan pewawancara menjadi pendengar yang baik
Tanya soalan berdasarkan soalan yang dirangka terlebih dahulu.

Tentukan topik perbincangan
Tulis berdasarkan apa yang disampaikan oleh tokoh, tanpa menambah dan mengurangkan.

Rencana ulasan kritis – penilaian kritikan berdasarkan pertimbangan terhadap subjek.
Keperluan penulisan kritis;
1.Laporkan maklumat tentang subjek
2.Nilai kekuatan dan kelemahan
3.Beri alasan terhadap kritikan
4.Adil dan tidak berprasangka
Teknik penulisan kritis ; penerangan tentang subjek, pengenalan penciptanya, sumber yang digunakan, susunan bahan, tujuan tercapai, keistimewaan dan kepentingannya kepada khalayak.
Bahan perlu boleh mendidik masyarakat dan jangan mengulas berlebih-lebihan.

Penulisan rencana pendapat – bebas mengemukakan pendapat – keprihatinan penulis tentang isu dan kematangan penulisan menghujahkan pendapatnya berdasarkan bukti.
Ciri-ciri rencana pendapat – ruangan editorial, ketasdikan, serius, kupasan dan pengesyoran dan kekuatan minda (penaakulan)

Rencana bagaimana melakukan – bentuk penulisan penerangan dan penjelasan secara terperinci untuk tujuan mendidik.
Fungsinya untuk menyesuaikan diri pembaca dengan perubahan yang berlaku dlm masyarakat.
Bentuk – manual cara sesuatu perkara dilakukan. Setiap langkah terperinci, struktur kronologi dan fakta diolah tersusun.
Contoh, tips, cara, ciri-ciri dll

TUGASAN TUTORIAL
Sediakan rangka rencana dakwah masing-masing untuk diulas oleh rakan-rakan yang lain;
Tajuk/topik
Jenis rencana
Isi-isi utama
Sekian…….

KULIAH 8 MENULIS SKRIP DRAMA

Pengenalan
§Skrip adalah satu penulisan perjalanan sesebuah LAKON LAYAR. Ia menentukan arah tuju ke mana sesebuah cerita itu akan bergerak. Bermula dari titik pertama, titik pertengahan hinggalah ke titik akhir. Di dalam erti kata lain skrip adalah lakaran perjalanan hidup bagi watak dan sekitarnya di dalam sesebuah LAKON LAYAR.

Apa itu LAKON LAYAR?
§Menurut Syd Field (1982) di dalam bukunya yang bertajuk SCREENPLAY : The Foundation Of Script-writing, LAKON LAYAR ialah cerita bergambar.
§Dari lakon layar ini, maka apabila ia divisualkan ia akan menjadi FILEM. FILEM itu pula merupakan medium visual yang menceritakan sesuatu jalan cerita asas yang dramatik. Filem ini bergerak mengikut lakaran-lakaran jalan cerita yang telah tercatat di dalam skrip.
§Oleh itu, dengan mudah kita boleh menyatakan bahawa filem yang baik itu terhasil dari skrip yang baik. Namun begitu ada juga skrip yang baik tidak dapat divisualisasikan dengan baik kerana pelbagai faktor. Tetapi pada asasnya mudah, skrip yang baik INSYAALLAH akan mampu membentuk sebuah suratan perjalanan hidup yang baik di dalam filem itu.

§Format
§Terdapat pelbagai jenis format penulisan skrip sama ada filem mahu pun drama tv. Bagi pendapat saya, kesemua format ini boleh digunakan. Terpulang kepada penulis,
§Menurut Zulkifli M.Osman, “Kita tidak boleh menyatakan format yang digunakan oleh seseorang penulis skrip itu salah. Terpulanglah mengikut keselesaan mereka, tapi sebaik-baiknya biarlah mengikut format yang standard”
§Contohnya, guna format Screenplay FINAL DRAFT.
§Kepada penulis dan bakal penulis skrip boleh mendapatkan software Final Draft untuk memudahkan kerja anda….

§Struktur Linear Lakon Layar
§Paradigma adalah sebuah model, corak dan skema konseptual. Di dalam erti kata yang mudah, paradigma adalah asas kebiasaan kepada sesuatu. Sebagai contohnya, ialah meja. Rata-rata kita mengetahui bahawa meja mempunyai empat kaki. Biar bagaimana pun bentuk meja tersebut, sama ada bulat, bujur, memanjang mahupun empat segi, kesemua meja sememangnya mempunyai empat kaki.

§PENGENALAN, ISI dan KESIMPULAN adalah struktur bagi sesebuah cerita. Setiap cerita itu mesti ada konsep ini untuk melengkapkannya. Inilah struktur linear yang menjadi paradigma bagi sesebuah cerita.
§Struktur Linear adalah asas yang menjadikan sesebuah cerita itu berdiri. Begitu juga dengan LAKON LAYAR. Di dalam sesebuah LAKON LAYAR struktur linear yang menjadi paradigmanya adalah PERMULAAN, KONFRONTASI dan RESOLUSI. Ia adalah struktur yang tetap dan sememangnya tidak boleh diubah lagi.
§Anggaran perkiraan minit bagi setiap skrip itu adalah SATU HALAMAN bersamaan dengan SATU MINIT.
§Andaikan durasi standard bagi sesebuah filem itu ialah 120 minit. Ini bermakna skrip anda haruslah mempunyai 120 halaman.

PERMULAAN
§Permulaan bagi sesebuah filem itu boleh diolah dengan pelbagai cara yang kita rasakan menarik. Pada kebiasaannya permulaan ini akan mengambil masa 30 minit. Di dalam permulaan yang dikenali sebagai SETUP ini, menjadi tanggungjawab kepada penulis skrip untuk melakarkan perjalanan pembukaan cerita yang menarik. Ini adalah untuk memberikan pemahaman kepada penonton berkenaan apakah cerita yang kita buat itu.
§Pada kebiasaannya, apabila kita menonton sesebuah filem itu kita akan mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk membuat penilaian sama ada kita suka sesebuah filem itu ataupun tidak. Apabila sesebuah filem itu bermula, pada 10 minit yang pertama ini kita juga harus memperkenalkan WATAK UTAMA di dalam cerita itu dengan cara yang paling menarik. Ini bertujuan untuk menarik minat penonton untuk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya.

Pada akhir permulaan ini terdapat sebuah titik plot I. Titik plot yang pertama adalah pencetus kepada konflik yang akan berlaku berikutnya. Dalam erti kata lain titik plot yang pertama ini adalah satu insiden atau kejadian yang akan menganjakkan filem ini untuk terus ke hadapan. Pada kebiasaannya ia berlaku pada minit / halaman yang ke 25-27.

KONFRONTASI
§Ia merupakan bahagian yang paling besar di dalam LAKON LAYAR. Pada kebiasaanya terletak pada halaman 30 hingga ke 90. Pada asasnya kita telah mengetahui bahawa asas dramatik di dalam filem itu adalah KONFLIK. Konfrontasi ini adalah konflik yang berlaku selepas tercetusnya titik plot yang pertama.
§Di dalam KONFRONTASI ini kita bertanggungjawab untuk meletakkan perjalanan konflik / plot utama / subjek dengan cara yang penuh dramatik bersesuaian dengan konsep cerita yang kita bina itu. Harus tidak dilupa juga sub plot yang akan mewarnai perjalanan sesebuah filem itu agar ia menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.
§Sekiranya kita terlalu tertumpu kepada plot utama sesebuah cerita di dalam penulisan kita, ini akan menjadikan sesebuah filem itu amat membosankan penonton. Asasnya mudah, plot utama itu adalah sayur yang kita hendak masak. Sub plot pula adalah perencah atau bahan-bahannya. Jika tidak ada rencahnya manakan masakan kita itu menjadi sedap?
§Setelah itu, kita akan bertemu dengan TITIK PLOT II yang pada kebiasaannya berlaku pada minit yang ke 85-90. TITIK PLOT II ini berfungsi sebagai pencetus kepada RESOLUSI atau menyelesaikan konflik yang berlaku.

RESOLUSI
§Resolusi biasanya tercetus selepas TITIK PLOT II berlaku. Biasanya pada minit yang ke 90 hingga ke 120. Ini adalah kesimpulan kepada cerita. Kita harus memikirkan bagaimanakah sesebuah cerita itu berakhir. Persoalan yang selalu dimainkan adalah apakah yang berlaku kepada watak utama?
§Garapan pengakhiran yang perlu dibuat haruslah mempunyai nilai dramatik yang baik. Ini bertujuan untuk memberikan kesan yang mendalam kepada penonton. Sebaiknya pengakhiran sesebuah cerita itu haruslah sesuatu yang diluar jangkaan penonton.

SUBJEK
§Apa itu SUBJEK? Setiap kali kita ingin memulakan penulisan, apa yang terlintas difikiran kita? Jawapannya pastilah cerita apa yang kita nak buat. Seterusnya kita akan terfikir siapa watak di dalam cerita kita itu. Kemudian kita terfikir pula kenapa dan bagaimana ia berlaku. Akhir sekali kita akan memikirkan bila masanya ia berlaku.
§Di dalam pencarian SUBJEK, persoalan ini biasa berlaku dan sememangnya sering kali terlintas di dalam fikiran kita. Namun begitu, apa itu subjek? Adakah kita tahu? Ya, kita sebenarnya telah pun tahu apa itu subjek. Subjek ialah cerita apa yang hendak kita tulis di dalam skrip kita. Ia sebenarnya memperihalkan tentang AKSI dan WATAK. Ia juga dikenali sebagai PLOT.
§Filem Mamat Khalid yang bertajuk ‘Zombie Kampung Pisang’. Jika kita menonton file mini, apa subjek yang kita nampak. Subjeknya sangat jelas bagaimana Orang Kampung (WATAK) menangani permasalahan kampung mereka yang diserang Zombie (AKSI).

§Namun begitu, memikirkan SUBJEK ini sebenarnya adalah satu perkara mudah kerana kita boleh mendapatkan subjek ini dari mana-mana seperti melalui pembacaan, menonton berita, pengalaman diri, pengalaman rakan dan sebagainya. Apa yang menjadikan ianya sukar ialah bagaimana kita ingin menggarap subjek ini dengan elemen-elemen dramatis untuk menjadikan ia menarik. Ini yang selalu membelenggu pemikiran penulis.

§Kebanyakan penulis mengetahui tentang apa yang hendak mereka tulis ini di dalam keadaan samar-samar. Ini menjadikan mereka sering kali terhenti apabila sampai di separuh jalan. Kemudian mereka akan merasa putus asa dan terus berhenti menulis.
§Sebab itu amat penting kita membuat lakaran subjek kita dahulu. Buat storyline yang akan menjadi panduan supaya kita tahu apa yang hendak kita tulis. Jika kita nak mudah, kita boleh menggunakan kaedah graf atau peta minda. Lakukan ikut kreativiti kita sendiri.
§Ketahui subjek kita dengan jelas kerana jika kita tidak tahu cerita apa yang kita hendak buat, kita nak mengharapkan siapa lagi untuk mengetahuinya?

WATAK
§Di dalam melakarkan subjek, WATAK merupakan satu elemen penting yang perlu ada di dalam subjek itu. Tanpa WATAK, subjek tidak akan lengkap kerana kita memerlukan WATAK dan AKSI untuk melengkapkan subjek.

§Rata-rata kita telah tahu apa itu watak, kerana kita adalah watak di dalam hidup kita dan merupakan satu watak di dalam dunia ini. Di dalam menghasilkan skrip, sebagai seorang penulis, tanggungjawab kita ialah MEMBINA WATAK yang akan memainkan peranan di dalam LAKON LAYAR kita.

§Kita perlu memahami watak utama di dalam cerita kita. Soalannya siapakah WATAK UTAMA di dalam filem itu? seterusnya kita lihat pula watak-watak yang terlibat di dalam filem tersebut dan bagaimana mereka memainkan peranan mereka. Cuba kita kenal pasti setiap watak-watak yang muncul di dalam filem tersebut.

§Perlu kita ingat di sini bahawa di dalam usaha kita membina watak di dalam cerita kita, perkara yang paling asas ialah kita perlu kenali watak tersebut dan bagaimana sikap serta pengetahuannya. Segalanya perlu logik dan seelok-eloknya berkaitan dengan cerita. Jangan sekadar kita membina watak itu mengikut kesukaan kita.
§Kita lihat pula contoh di dalam filem BULI arahan Afdlin Shauki. Bagaimana karektor yang ada pada watak utama iaitu Nordin, dari segi fizikal, gaya, cara, sikap dan segalanya yang ada pada dia jelas menunjukkan bahawa Nordin di dalam filem itu adalah seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri dan sememangnya wajar diBULI. Kenapa Afdlin Shauki tidak meletakkan watak Nordin itu sebagai seorang yang macho lagi gagah perkasa? Sebab orang yang macho dan gagah perkasa, ada ke sesiapa yang berani nak buli? Inilah yang digelarkan sebagai LOGIK WATAK.
§Jadi, sebelum kita melakar terus cerita kita, pembinaan watak ini tidak harus kita ketepikan kerana Watak inilah yang akan memainkan Aksi untuk membentuk Subjek.
§Terdapat dua jenis watak iaitu Protagonis dan Antagonis. Protagonis adalah watak baik dan Antagonis pula adalah watak jahat. Filem BULI adalah salah satu filem yang jelas perbezaan watak Protagonis dan Antagonisnya. Begitu juga dengan filem Man Laksa. Cuba tonton filem ini semula dan lihat bagaimana mereka memainkan watak mereka.

§Jika kita ingin membina watak cuba kita kaji tiga perkara penting di dalam watak terdahulu.
§1) Profession - Apakah pekerjaannya? Pekerjaan mestilah bersesuaian dengan cerita kita. Sebagai contoh di dalam filem BULI, Nordin bekerja sebagai seorang programmer di Syarikat IT. Kenapa? Kenapa Afdlin tidak memperkenalkan Nordin sebagai seorang yang bekerja di bidang lain? Jawab sendiri setelah kita melihat filem ini sekali lagi.2) Personal - Adakah watak tersebut masih bujang? Atau pun telah berkahwin? Lihat sekali lagi di dalam filem MAN LAKSA, kenapa MAN LAKSA masih bujang? Sebab apa Mamat Khalid tidak meletakkan Man Laksa sebagai seorang yang dah berkahwin.3) Peribadi - Apakah sifat-sifat yang ada di dalam diri watak? Pada masa lapang, apa yang gemar dilakukan oleh watak? Adakah dia suka mengumpul setem? Kalau ya, apa kaitannya dengan cerita yang kita buat itu? Kita lihat pula filem ‘Baik Punya Cilok’ arahan Afdlin Shauki. Apa hobi watak utama di dalam cerita tersebut dan cuba kita fikirkan, apa kaitannya faktor peribadi watak di dalam filem tersebut.4) Keperluan Dramatik - Apakah yang ingin dicapai oleh watak tersebut? Merompak? Berjaya di dalam kerjaya? Atau pun mendapatkan cinta seseorang?

§Kebanyakan kelemahan penulis skrip di Malaysia ini ialah kita seringkali tidak mengenali watak yang kita bina secara keseluruhannya. Terutama peribadi watak yang kita bina itu sehinggakan kita tidak tahu apa yang mereka lakukan pada masa lapang. Ini telah menyebabkan kita buntu untuk membina Subjek. Maka dengan kebuntuan itu penulis sering kali mengambil jalan mudah dengan mewujudkan scene ‘MAKAN’ dan scene ‘MINUM’ berulang kali sehingga ianya membosankan penonton. Ini kerana kelemahan kita di dalam mewujudkan watak yang bertenaga dan MULTIDIMENSI.

AKSI
§Aksi adalah apa yang dilakukan oleh watak. Ia terdiri dari dua elemen iaitu Fizikal dan Emosi. Pilih sebuah difilem dan kenalpasti aksi-aksi yang dilakukan oleh watak melalui fizakal dan emosi. Jika kita telah mengenali watak kita, pada kebiasaannya kita akan tahu aksi apa yang dia lakukan.

§Sebagai contoh di dalam filem BULI. Apakah aksi-aksi yang dilakukan oleh Nordin (Protagonis) sebagai seorang yang dibuli dan apa pula aksi yang dilakukan oleh Roy (Antagonis) sebagai seorang kaki buli.

§Aksi-aksi ini akan mewujudkan elemen-elemen dramatik di dalam Lakon Layar kita. Aksi-aksi yang memainkan perasaan seperti yang mewujudkan rasa suspense, sedih, seram, lucu, takut, teruja dan sebagainya inilah yang akan menjadi tarikan penonton.
§Untuk mewujudkan perasaan itu, aksi memainkan peranan penting. Di dalam sesebuah lakon layar, elemen aksi ini lebih penting daripada dialog kerana sesebuah filem yang baik amat bergantung kepada kekuatan aksi yang dapat memberi pemahaman yang jelas kepada penonton dan dialog pula berperanan untuk menguatkan lagi aksi. Ini kerana filem bergerak di atas visual cerita.

§Untuk mewujudkan Aksi ini, watak haruslah memainkan peranan penting dan berinteraksi dalam tiga cara.
§1) Mengalami konflik di dalam mencapai kehendak-kehendak dramatik mereka.2) Berinteraksi dengan watak-watak lain.3) Berinteraksi dengan diri sendiri.
§Tiga elemen ini akan menggerakkan aksi watak untuk membuat Lakon Layar kita terus bergerak kehadapan.
§Sekarang, cuba kita membuat lakaran aksi yang boleh menghidupkan watak yang kita bina. Ini secara tidak langsung kita akan dapat membentuk subjek.

Dialog
DIALOG merupakan alat untuk menjadikan watak berfungsi. Jika kita memahami watak kita, dialog akan mudah membantu menghuraikan cerita atau lakon layar kita.
§Dialog berfungsi untuk membawa penceritaan kita bergerak kehadapan. Sememangnya kita tahu bahawa filem atau drama bergerak di atas visual cerita, namun tidak dapat dinafikan bahawa dialog juga memainkan peranan penting di dalam proses penceritaan untuk memastikan filem atau drama kita dapat menarik minat penonton dan bergerak ke hadapan dengan sebaik mungkin.

§Setiap mesej yang hendak kita sampaikan kepada penonton sebenarnya tidak semestinya kita menggunakan dialog untuk menyampaikannya, ini kerana selain daripada dialog kita juga boleh menyampaikan mesej melalui aksi dan tingkah laku non-verbal.
§Sebenarnya dialog juga dapat mencerminkan elemen dramatik di dalam skrip kita. Oleh yang demikian di dalam memilih dialog sememangnya kita tidak boleh melupakan elemen dramatik supaya dialog itu akan menjadi salah satu faktor kekuatan bagi filem atau drama tersebut. Ini kerana kesilapan pemilihan dialog sebenarnya boleh menyebabkan ia menjadi faktor kelemahan filem atau drama tersebut.

§Kadangkala di dalam pemilihan dialog kita akan menghadapi permasalahan di mana kita tidak tahu memilih kata-kata yang sesuai untuk dituturkan oleh watak sehinggakan kita berasa janggal dengan dialog yang telah kita buat itu.

§Jangan khuatir, dengan masalah ini kerana pada kebiasaannya sememangnya kita akan berasa begitu pada awalan penulisan kita. Lama kelamaan kita akan biasa dengan perkara tersebut dan sedikit demi sedikit kita akan dapat memperbaiki dialog skrip kita itu.
§Perlu diingatkan di sini, bahawa dialog yang kita buat itu seelok-eloknya janganlah terlalu panjang dan meleret-leret kerana ia hanya akan membosankan penonton. Kadang kala, saya sendiri sering kali melakukan kesilapan ini tanpa saya sedari kerana terlalu asyik menulis. Oleh yang demikian, saya selalu mengingatkan diri saya pada setiap kali ingin memulakan penulisan.
§Sekarang apa yang perlu kita buat ialah cuba kita melihat beberapa buah filem dari genre yang berbeza dan cuba membuat perbandingan perbezaan dialog di dalam filem-filem tersebut. Kemudian cuba kita perhatikan pula orang-orang di sekitar kita menuturkan kata-kata mereka. Paling bagus cuba kita pergi ke pusat membeli belah, warung, restoran atau pun taman-taman rekreasi dan cuba kita lihat bagaimana mereka berkomunikasi cara verbal dan non-verbal…

Lupakan Istilah Teknikal Di Dalam Skrip Anda
§Kebanyakan penulis baru yang ingin mula menulis sering kali terkeliru kerana terdapat satu ‘version’ fahaman teknik menulis skrip dengan istilah-istilah teknikal yang mengarut dan sememangnya tidak perlu ditulis oleh penulis skrip kerana ini bukannya bidang tugas penulis skrip.
§Bayangkanlah betapa cacatnya skrip tersebut apabila di’semak’kan dengan istilah teknikal shot kamera dan sebagainya seperti CU (Close Up), BCU (Big Close Up) dan macam-macamlah up-up yang lain. Ini sebenarnya hanya akan menyusahkan kita sebagai seorang penulis.
§Sememangnya tidak salah sekiranya kita sebagai penulis mengetahui dan mengambil tahu semua istilah-istilah teknikal ini sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan. Tetapi tidak perlulah kita masukkan istilah-istilah ini di dalam skrip kita kerana ia sememangnya itu bukanlah tugas kita sebagai penulis skrip. Namun begitu, jika setakat sedikit-sedikit yang mungkin kita rasakan perlu, boleh letak.

§Sebenarnya dengan terlalu memikirkan istilah-istilah teknikal ini, akan mengakibatkan kreativiti anda untuk mengolah perjalanan cerita yang lebih menarik akan terbantut dan terjejas. Oleh yang demikian, bebaskan diri kita dari belenggu istilah-istilah teknikal yang akan menjadi bebanan kita sebagai seorang penulis.

§Bebaskan diri anda daripada perkara-perkara yang hanya akan menyusahkan diri anda… Jangan terperangkap di antara perkara yang penting dengan perkara yang terpenting… Menulislah dengan sepenuh hati

Format
§Apa yang perlu ada di dalam menulis sebuah skrip? Bagaimana rupa bentuknya? Pada asasnya, format sesebuah skrip filem atau drama tv itu haruslah mempunyai elemen seperti berikut.
§1) Scene Heading 2) Action3) Character 4) Parenthetical5) Dialogue 6) Transition

1) Scene Heading
Ini dikenali sebagai Scene Heading kerana ia merupakan permulaan sesuatu scene. Di dalam istilah bahasa kita ialah ‘Kepala Babak’. Ia juga merupakan pemisah antara satu scene dengan scene yang lain.
Contoh-contoh Scene Heading adalah seperti berikut:
INT. BILIK TIDUR ARYON, RUMAH BANGLO - NIGHTEXT.
BANGUNAN FAKULTI - DAY/ E. KERETA ARYON - MOMENTS LATER

Penerangan.
INT. EXT. I/E - Merupakan istilah yang mewakili keadaan lokasi sama ada di dalam (INT.), di luar (EXT.) atau pun kedua-duanya sekali (I/E.)
Di tengah-tengah Scene Heading selepas kedudukan penentu lokasi ialah LOKASI.
Contohnya RUMAH BANGLO ARYON, BANGUNAN FAKULTI dan KERETA ARYON, JALAN RAYA.
Di hujung Scene Heading ialah kedudukan bagi petunjuk waktu sama ada siang, malam, bersambung, sebentar kemudian dan banyak lagi.
Di antara istilah yang biasa digunakan ialah DAY, NIGHT, MORNING, AFTERNOON, EVENING, CONTINOUS, LATER, MOMENTS LATER & THE NEXT DAY.
§Jika anda lebih selesa menggunakan istilah Bahasa Melayu, silakan…

2) Action
§Selepas menulis Scene Heading, kita memulakan penulisan skrip kita dengan memasukkan elemen Action yang akan menerangkan Aksi yang akan berlaku di dalam skrip kita itu.
Contohnya:Di dalam sebuah bilik yang hanya diterangi oleh cahaya lampu tidur, kelihatan di atas katil keadaan bantal dan selimut yang tidak teratur.
Di atas lantai turut kelihatan beberapa helai pakaian kotor yang bersepah.
Di satu sudut lain, kelihatan Aryon sedang berdiri di tingkap sambil memandang keluar. Jelas kelihatan wajahnya menunjukkan kesedihan yang teramat sangat.Kemudian kedengaran bunyi pintu biliknya di buka. Kelihatan di pintu bilik, Pak Kassim berdiri sambil tersenyum.

§Nyatakan aksi yang anda gambarkan dengan jelas dan ringkas. Buat penegasan di tempat-tempat yang perlu diberi perhatian dengan meletakkan huruf besar pada perkataan tersebut.

3) Character
§Character atau Watak di dalam skrip ini ialah Aryon dan Pak Kassim. Kedudukan Watak di dalam format skrip adalah seperti berikut.

PAK KASSIM
Berada di bahagian tengah untuk membezakan dengan elemen lain. Ini akan memudahkan pembaca skrip tersebut mengetahui bahawa itu adalah watak bagi skrip tersebut.
4) Parenthetical
§Merupakan rujukan kepada tingkahlaku atau aksi. Biasanya digunakan untuk aksi-aksi yang tidak memerlukan pergerakan yang banyak atau pun boleh juga digunakan untuk reaksi atau perasaan.Kedudukannya adalah selepas character dan sebelum dialog.
ARYON
(sedih)

Atau pun selepas dialog.

ARYON
Saya tak terfikir pula…(kepada Mak Siti)

5) Dialogue
Berfungsi sebagai kata-kata yang dituturkan oleh watak. Seharusnya dialog itu tidaklah terlalu panjang kerana filem atau drama bergerak di atas visual. Dialog yang panjang akan membuatkan situasi yang bosan. Dialog mestilah sentiasa membawa penceritaan bergerak kehadapan.Kedudukannya adalah seperti berikut.
ARYON
Saya tidak terfikir pula…
6) Transition
§Transition merupakan pengakhir sesuatu babak. Ia juga berfungsi sebagai pemisah di antara babak.Kedudukannya adalah di bahagian kanan muka surat di di bahagian bawah scene.Contohnya adalah seperti berikut:
CUT TO:
Istilah-Istilah yang biasa digunakan adalah CUT TO: INTERCUT TO: FADE IN: FADE OUT.
FADE TO: DISSOLVE TO: BACK TO: MATCH CUT TO: JUMP CUT TO: FADE TO BLACK.
Gunakanlah kegunaan Berdasarkan contoh-contoh yang telah saya tunjukkan tadi, bolehlah kita simpulkan bahawa format penulisan skrip filem dan drama TV adalah seperti contoh yang diberikan dalam kelas..

Thursday, March 26, 2009

KULIAH 7 TEKNIK PENULISAN CERPEN DAKWAH

PENGENALAN
žCerpen – cerita pendek adalah cereka berbentuk prosa yang relatif pendek.
žPendek – dibaca pada waktu yang singkat, sekali duduk, tidak melebihi ½ jam.
žMempunyai kesan kesatuan – tunggal, watak, plot, setting terhad, tidak seragam dan tidak kompleks.
žTiga kelompok cerpen;
1.Cerita pendek
2.Cerpen yang panjang
3.Cerpen yang pendek
žCiri-ciri cerpen
žJumlah perkataan sekitar 500 – 20,000 patah perkataan
ž500 - 1,000 – cerpen pendek
žLebih 10,000 – cerpen panjang
žDibaca sekali duduk – sambil sarapan, menunggu bas/ keretapi dll
žSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa cerita berkembang sehingga menemukan titik akhir atau penyelesaian.
žKetunggalan plot – watak berkembang wajar- tiada ruang untuk hal-hal sampingan atau peristiwa yang tidak relevan.
žJumlah watak yang sedikit/ terhad
žSetting – latar yang singkat dan terhad juga.
žPerbezaan cerpen dengan cerita
žBukan semua cerita yang pendek itu cerpen – cerita pendek dengan watak-watak binatang, kisah Nabi, kisah para sahabat, Si Luncai, Pak Pandir
žCerita pendek tersebut tidak mengandungi plot yang kemas – kurang meninggalkan kesan kesatuan, tidak unik dan tiada kesan emosi


BENTUK-BENTUK PENULISAN
žTEMA
žPLOT
žWATAK
žLATAR
žSUDUT PANDANGAN
žGAYA
žSUASANA CERITA


TEMA
žApabila mula menulis pastikan ada cerita yang hendak disampaikan dan ada perkara yang hendak nyatakan - masalah hidup, pandangan hidup, komentar tentang kehidupan
žTema – idea sesebuah cerita- jadi fikiran atau persoalan bagi pengarang.
žTerungkap pandangan hidup atau cita-cita pengarang – menjelaskan bagaimana pengarang melihat persoalan dan memecahkan persoalan tersebut sebagai perutusan atau amanat.
žPengarang perlu mempunyai falsafah hidup yang jelas supaya penyelesaian cerita dapat ditanggapi pembaca.
žPengarang perlu memperdalami pengetahuan tentang manusia dan seluruh kehidupannya – pembacaan dan pengalaman
žTema perlu membawa pandangan hidup yang positif, mencabar dan merangsang.
žJika ada masalah tidak semestinya diselesaikan – pengarang boleh juga membiarkan masalah tersebut untuk dipecahkan sendiri oleh pembaca.
žTema tidak dinyatakan dengan jelas tetapi dapat dikesan melalui unsur-unsur yang membentuk cerpen itu – perlu membaca keseluruhan cerpen.
žTema mendorong kita berfikir dan mentafsir hidup.
žIa tidak hanya satu tema, tetapi boleh lebih


PLOT
žPenceritaan peristiwa yang berdasarkan hukum sebab dan akibat.
žRentetan peristiwa yang bersebab, dijalin dengan melibatkan konflik atau pertikaian dan akhirnya menemukan peleraian.
žJalan cerita – kejadian cerita tetapi plot yang menggerakkan kejadian cerita tersebut.
žTeknik plot boleh pelbagai dan tidak semestinya kronologi.
žTeknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak kronologi – teknik imbas kembali (flashback)- ikut imaginasi pengarang
žCerpen yang baik mesti mengandungi konflik, malah intisari plot ialah konflik yang dikembangkan melalui tahap2 yang mendasarinya;


4
5
3
2
1


1= pengenalan, 2= timbul konflik, 3= konflik menanjak, 4= klimaks, 5 = peleraian


Tahap pengenalan (1) hingga tahap peleraian (5) – plot berkembang yang berpusat pada konflik.


Pembaca diheret dalam suatu keadaan yang menegangkan – unsur suspen
Semasa perkembangan konflik, wujudkan rangkaian konflik yang tertumpu ke suatu matlamat – manusia lawan manusia, individu lawan individu, individu lawan masyarakat, individu lawan lingkungannya, manusia lawan dirinya – pusat konflik.
Konflik dalam cerita mungkin merupakan pertentangan fizikal, moral fikiran, emosi dan nasib.
Protagonis adalah watak utama dlm menggerakkan cerita.
Antagonis adalah watak penentang atau watak pelawan protagonis


watak
Watak tidak semestinya manusia, boleh tampilkan binatang, pokok, bunga, angin tetapi menjadi lambang perilaku manusia.

Watak terlibat untuk melakukan sesuatu (plot), pada sesuatu tempat dan waktu (latar) dan dengan tujuan yang tertentu (tema) pula.

KULIAH KE-6 TEKNIK PENULISAN PUISI

—PUISI MODEN
Mengandungi peristiwa kemasyarakatan dan sikap serta suasana moden.
Puisi dicipta mengutamakan penggunaan bahasa, irama dan bentuk yang indah.
Za’ba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan itu bertambah menarik kepada hati orang mendengarnya.

Pemilihan kata-kata terbaik sewajarnya pula berkembang kepada susunan ungkapan, kalimat, baris dan rangkap puisi.
Pemilihan serta penyusunan kata-kata yang membina baris-baris puisi sebegitu rupa dapat pula menggerakkan daya asosiasi (gambaran dan kenangan) yang membawa kepada perkaitan atau pertalian sesuatu fikiran dengan fikiran yang lain.

Puisi juga memerlukan terhasilnya nilai rasa yang mendalam kesannya. Pemilihan serta penyusunan kata-kata terbaik untuknya akan sebanyak mungkin menimbulkan kehalusan serta kekuatan tanggapan penglihatan dan pendengaran.
Mengaum, mengguruh
Menentang. Menyerang
Kuning
Merah
Hitam
Kering
Tandus
Rata
Rata
Rata
Dunia
Kau
Aku
Terpaku
(Chairil Anwar, 1943)

—UNSUR-UNSUR PUISI
—Tema
—Bentuk
—Gaya bahasa
—Suasana
—Simbol
—Imej
—Bunyi

—TEMA
Inti atau teras sesebuah puisi
Hasil pengalaman penyair dengan alam dan kehidupan manusia yang kemudiannya terkumpul menjadi bayangan batin
Penyataan atau penglahiran pengalaman itu ternyata pelbagai pula sifatnya – bersifat pemikiran, perasaan, perlakuan dan khayalan
Tetapi tidak semua pengalaman dikemukakan dalam puisi – hanya pengalaman yang benar-benar menyentuh perasaan dan mencengkam jiwanya dalam suasana yang mempersonakan.

Baha Zain
—“Puisi tidak berbicara segalanya dan tidak kepada semua. Ia adalah pengucapan suatu fragmen pengalaman dari suatu keseluruhan seorang seniman. Seperti permata di jari, puisi merupakan ekstensi dari peribadi yang berkembang, memperagakan gaya, bentuk dan warna tetapi sukar dimengertikan maksud dan faedahnya. Puisi selamanya tidak pernah sombong kerana kenyataannya ia selalu meminta simpati, hati yang terbuka dan pengertian yang wajar.”

Kekuatan dan kejayaan puisi bergantung kepada tema- wajar kemuka tema yang kuat dan tinggi nilainya- keadilan, keamanan, kebebasan, kemanusiaan, kesetiaan, kejujuran, perjuangan, cita-cita, kecintaan, kebenaran dll.
Pengalaman biasa yang juga dilalui oleh orang lain- digarap menjadi istimewa
Persoalan peribadi dikembangkan dalam tema puisi, diolah secara berkesan untuk diterima bersama menjadi pengalaman pembaca lain dan sudah tidak bersifat peribadi.
Tema yang bernilai abadi ialah persoalan keagamaan atau ketuhanan.

Clockwise – Zurinah Hassan
Jam di dinding
ting ting tingggggg
Bernyanyi riang dan sopan
Ada sesuatu yang datang
Bersama jam dinding
Pantas dan keras
Lalu tunduklah kepala patuh dan takut padanya

Padamu Jua- Amir Hamzah
Habis kikis
Segala cintaku hilang terbang
Pulang kembali aku padamu
Seperti dahulu
Kaulah kandil kemerlap
Pelita jendela di malam gelap
Melambai pulang perlahan
Sabar, setia selalu

Pembahagian tema
George Santayana
"Puisi hanya merupakan manipulasi kata-kata indah yang terdiri dari variasi irama dan kombinasi bunyi bahasa tanpa keghairahan emosi."

Puisi mengandungi pengertian dan perasaan bersumber teguh daripada pengalaman penyairnya- ekspresi hubungan antara benda, kesengsaraan manusia, keresahan jiwa, pengalaman cinta dan keajaiban.

Puisi yang mengemukakan kesedaran manusia terhadap maut dan pencarian nilai-nilai hidup di sebalik kenyataan di dunia- pengalaman keagamaan

—BENTUK
Merangkumi bagaimana setiap bahagian karya diatur dan sifat-sifat luar serta isinya
Skema sukatan baris dan bunyi
Makna bahasa, pemilihan kata atau diksi
Makna skema susunan pengucapaan dalam maksud, peraturan perkataan, fikiran dan kesatuan binaannya.

Bentuk luaran
—Bahagian yang bentuk binaannya dapat dilihat dengan jelas – susunan baris atau bait dalam rangkap, susunan atau jumlah perkataan dalam baris dan susunan rima di hujung baris dalam rangkap.
—Pantun, syair – punyai peraturan tetap – rimanya abab(pantun)dan aaaa (syair) dan jumlah perkataan ada empat dalam setiap baris dan mempunyai 8 – 12 suku kata.
Bumi tercinta resapkan wahyumu
Jantung mereka adalah langitmu
Darah mereka adalah sungaimu
Nafas mereka adalah udaramu
(Anak Jiran Tiong Hua- Usman Awang)

—Bentuk luarannya bersifat lebih cenderung dan wajar menemukan kebebasan daripada ikatan peraturan-peraturan yang tetap.

Siang- Muhammad Hj Salleh
Di bawah amarah matahari muda ini
Manusia kerdil-hitam
Menanti malam
Untuk melepaskan diri
Dari kekejaman
Siang dan hidup

—Kecenderungan membina kebebasan juga ada yang membawa perkembangan yang mengutamakan kesan visual –kesan mendalam kepada penglihatan- permainan mata
—Memahami kesan visual perlu pada ketelitian dan ketajaman daya penglihatan. Contoh: Ibrahim -Ibrahim Sattah:
d
u
k
a
k
u
duka kau
Dua duri dari
s
e
p
i

Bentuk dalaman
—Cara persembahan fikiran dan emosi/ perasaan- struktur puisi
Setiap binaan menggambarkan kesan fikiran serta perasaan termasuk susunan baris dan rangkap dari pemakaian bahasa.
—Pantun terikat dengan persembahan atau penyampaian fikiran melalui dunia alamiah dan dunia manusia- imej-imej alam
—Sajak – disesuaikan dengan peribadi penyair- kesan persembahan fikiran.
Corak penyusunan atau pembentukan baris yan ringkas dan kata-kata yang terhad melambangkan pernyataan fikiran serta perasaan – kebimbangan, kegelisahan, kemarahan, ketakutan dan kebencian- wujud irama tegas, pantas dan tinggi
—Corak penyusunan baris yang agak panjang dan seimbang untuk perasaan kesedihan, kehampaan dan kerinduan- wujud irama lembut, perlahan dan rendah

—GAYA BAHASA
—Bahasa adalah alat memindahkan pengalaman jiwa, pemikiran serta perasaan ke dalam puisi.
Bahasa yang diguna mengutamakan kefahaman dan kejelasan makna di samping memperlihatkan kehalusan, kesempurnaan dan kemuliaan pembentukan dan penyusunannya- pelbagai kesan
—Bahasa – membangkitkan emosi dan imaginasi sewajarnya- bahasa tersendiri dan jarang digunakan dalam pengucapan
Cth: kembara, mentari, bayu, hening, luhur, titian jernih, pesisir waktu, merpati duka – mengundang gerak emosi dan imaginasi
—Penggunaan bahasa biasa mempunyai kekuatan tersendiri jika diberi pembentukan baru atau penyusunan baru- terutama untuk membawakan persoalan yang mengutamakan pengembangan pemikiran – timbulkan unsur puitis alam puisi.
—Bahasa ekonomis juga ciri bahasa puisi – penyusunan baris yang ringkas dan penggunaan kata yang terbatas tetapi padat mendukung makna
—Penggunaan bahasa konotasi – bahasa dalam puisi mempunyai makna lebih dari satu

—Budak Tua- A Ghafar Ibrahim
Jangan menangis, budak tua
Hidup tak selalu manis
Tapi ombak tua
Pantai keredut
Kalaupun kau menangis
Gunung akan di situ juga
Sungai mengalir ke hilir
Kecewa sendiri
(Jika manusia tidak cekal dan tabah, ia akan terus kekal dengan kekecewaan)

—Gaya perbandingan
—Gaya kiasan;
1.Similie
– membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa atau benda dengan benda yang lain dengan penggunaan perkataan seperti, bak, umpama,bagai, laksana dll – Seperti berakhirnya musim
2.Metafora – membandingkan sesuatu benda dengan benda yang lain – tidak jelas dan secara langsung, ringkas dan dipadatkan- 2 perkataan: kata abstrak dan kata konkrit- menghulur benang kemesraan
3.Personafikasi – benda, keadaan atau peristiwa dibandingkan dengan sifat-sifat manusia- hidup dan bergerak – angin mengusap jendela
4. Hiperbola – menggantikan sesuatu kata dengan perkataan lain- memperlihatkan gambaran berlebihan dari keadaan biasa – mengais mimpi hanyir
5. Alusi – perbandingan secara tidak langsung kepada kata-kata masyhur dalam sejarah, kitab suci, tokoh, tempat, dongeng atau lagenda – kejujuran Abu Bakar, kecekalan bilal

Dua Pesan – Moechtar Awang
Di rongga mulutmu
Telah kubenamkan
Kejujuran Abu Bakar
Kecekalan Bilal
Gantungkan di nisanku
Sejuta bulan seberkas bintang
Dari langit imanmu

—Gaya Penegasan
—Berusaha memberi penekanan kepada maksud tertentu yang penting,
1.Pengulangan- pengulangan kata, ungkapan, baris dan rangkap;
a. menimbulkan irama dan suasana muzikal
b. menegaskan maksud tertentu
c. menarik tumpuan perhatian
Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan
2. Inversi –pembalikan kata sehingga terlihat penyimpangan daripada kelaziman tatabahasa
Telah tumpah gerimis

Gaya Pertentangan
—Pembentukan dan penyusunan kata yang memberi gambaran bertentangan dengan kenyataan tetapi apabila direnung melalui mata fikir tiada pertentangan
—Gaya bahasa yang padat, mendalam dan berkesan
Air Minum – Kassim Ahmad
Inilah ajalku
Kakiku berlari
Badanku tak bergerak
O, temanku
Kau dengarkah cakapku?

SUASANA
—Penyair membawa peembaca ke suasana perasaan tertentu- menguatkan tema ;
1.Suasana sedih, murung atau mengharukan
2.Suasana bersemangat, bergelora
3.Suasana hening - ketuhanan
Kerana kasihmu – Amir Hamzah
Kerana kasihmu
Engkau tentukan waktu
Sehari lima kali kita bertemu
Aku inginkan rupamu
Kulebihi sekali
Sebelum cuaca menali sutera

—SIMBOL
—Perlambangan adalah kata-kata tertentu yang digunakan berupaya menyatakan sesuatu di luar erti kata-kata itu sendiri.
—Simbol diambil daripada kata-kata unsur alam.
—Kata2 laut, ombak, bulan, gunung, mentari, pagi, senja
—Simbol juga boleh diambil dari nama-nama yang terkenal dalam sejarah.
—Kata-kata Hang Tuah, Si Luncai, Mahsuri
—Simbol konvensional – sudah dikenali ramai
—Simbol peribadi – dibentuk berdasarkan perasaan serta pengalaman penyair sendiri

Dato’ Onn – Usman Awang
Tapi siapa akan lupa, tanyalah
Anak-anak yang sekarang jadi dewasa
Gemparnya MacMichael di bumi bertuah
Menyebabkan namamu harum di lembah

—IMEJ
—Kesan gambaran yang timbul daripada penggunaan kata, ungkapan dan ayat dalam puisi
—Kesan timbul daripada imej yang bersifat penglihatan, pendengaran, bau dan rasa.
Setiap malam dibuka jendela
Yang kelihatan adalah
Pohon-pohon pucat
Seekor kucing kurus di jambatan
Menanti kepulangan cahaya pagi.

—BUNYI
—Keindahan bunyi terlaksana daripada kata-kata atau rangkai kata yang terpilih, teratur dna berfungsi dalam keseluruhan puisi
—Peranan unsur bunyi akan terasa dan terdengar kelembutan serta kemerduan apabila dideklamasikan.
1.Irama – alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur.- disebut nada, iaitu berhubungan dengan perasaan penyair- nada melankolik, nada sinis, nada protes, nada patriotik, nada romantis
2.Rima – persamaan bunyi di hujung baris – wujudkan kesan muzik bahasa
—Selamat menulis puisi
Suara Gaza – Nor Raudah Siren
Percikan api di Gaza tidak seperti
Percikan bunga api di sorak merdeka Kuala Lumpur
Percikan api di Gaza
Bersama percikan darah dan air mata
Tangisan anak-anak Gaza tidak seperti
Tangisan anak-anak Malaysia yang merajuk
Minta dibelikan KFC dan Mc Donald
Tetapi tangisan anak-anak Gaza
Merintih minta ibu dan ayah
yang hilang bersama asap dan runtuhan

Jeritan di Gaza tidak seperti
Jeritan rakyat Malaysia di padang merdeka
Menyokong Indraputra merentas gawang lawan
Tetapi jeritan di Gaza
Meraung anak-anak yang terkulai
Oleh Israel berjiwa syaitan .
Gaza
Tetapkan hati pada tuhan
Serahkan jiwamu dengan kerendahan
Mimpi ngerimu takkan berulang
Kerana kami bersamamu berjuang
-makanan, wang, ubatan
-Boikot, tentera dan senjata Adalah nilai sebuah kasihan?

WE WILL NOT GO DOWN

(Song for Gaza- Michael Heart)

A blinding flash of white light

Lit up the sky over

Gaza tonight People running for cover

Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes

With ravaging fiery flames And nothing remains

Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die

We will not go down In Gaza tonight


Women and children alike

Murdered and massacred night after night

While the so-called leaders of countries afar

Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain

And the bombs fell down like acid rain

But through the tears and the blood and the pain

You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die

We will not go down In Gaza tonight