MULAKAN MATA PENAMU DENGAN NAMA ALLAH

Assalamualaikum,
Memulakan penulisan bukan semudah yang disangka. Ia ibarat menjahit pakaian yang memerlukan kemahiran dan strategi agar pakaian akan kelihatan cantik, kemas dan menarik.
Sebenarnya, menulis adalah aktiviti yang amat menarik kerana ia memberi peluang kepada kita meluahkan segala perasaan, pemikiran dan kritikan terhadap persekitaran. Malah penulisan juga boleh menjadi alat untuk menyampaikan dakwah Islam, di samping boleh menjana kewangan sendiri.
Penulisan boleh diasah.Oleh itu, mari kita belajar penulis sambil BERDAKWAH!

Tuesday, March 31, 2009

KULIAH 9 TEKNIK MENULIS RENCANA DAKWAH

RENCANA DAKWAH
Bentuk karangan yang menarik dan mempunyai ciri-ciri tertentu. Ditulis secara kreatif dan subjektif untuk tujuan menghibur di samping memberi maklumat dan penerangan.

Ditulis berdasarkan berita yang diolah sehingga mementingkan penyampaian, bukan isi kandungan.
Rencana dakwah, isi dan penyampaian sama-sama penting.
Dimuatkan dalam akhbar atau majalah untuk menyampaikan maklumat, menghibur, penerangan dan mentarbiah/ berdakwah mengenai kesyumulan Islam.
Rencana dakwah suatu bentuk pengisahan peristiwa, buah fikiran, ulasan, huraian dan penceritaan untuk tujuan berdakwah dan mentarbiah

CIRI-CIRI RENCANA DAKWAH
Benar
– fakta, maklumat atau bahan yang ditulis dapat dibuktikan kebenarannya.
Subjektif – bebas memberi pandangan, pendapat, fikiran dan emosi dalam penulisan. Tetapi dilarang menulis fitnah.

Kreatif –bebas menulis mengikut kreativiti masing-masing. Teknik fiksyen dan bukan fiksyen diolah tetapi tidak mengubah ketulenan bahan.
Teknik fiksyen- dialog, monolog, flash back, imbas depan, klimaks, plot dll
Teknik bukan fiksyen – penjelasan, perlukisan, penghujahan dan penceritaan

Segar - boleh disimpan beberapa hari, minggu atau bulan. Tidak terikat dengan masa dan bersifat relatif. Melihat fenomena dari perspektif yang berbeza.

Menghibur – bijak menangani peristiwa agar dapat diberi gambaran yang menarik. Tampilkan unsur-unsur dan gaya yang baik terutama semasa mengetengahkan human interest.

Bentuk – Formula asas ialah 5W1H tetapi rencana dakwah tidak terikat – lebih bebas.

Segi tiga piramid menegak
Segitiga piramid terbalik
Segitiga piramid kembar menegak
Segitiga piramid kembar terbalik
Segitiga piramid menegak kembar terbalik
Segitiga piramid terbalik kembar menegak

OLAHAN RENCANA DAKWAH
Struktur
– umumnya sama dengan deskriptif: pengenalan, isi dan kesimpulan. Tetapi diolah dengan menarik dan mengikut bentuk yang pelbagai.
Fakta –berdasarkan metode tertentu dan maklumat serta dokumen yang serius.
Kronologi - rangka penulisan mengikut rentetan peristiwa dan bijak menyusun idea dari yang terpenting kepada yang kurang penting.
Gabungan fakta dan cerita – fakta diolah dan dimasukkan unsur penceritaan sebagai menghidupkan peristiwa

JENIS-JENIS RENCANA DAKWAH
Penulisan rencana tokoh Islam
– bincangkan riwayat hidup tokoh yang memperjuangkan Islam – analisis kehidupan, tindak-tanduki, perasaan, keluh-kesah, kegagalan, kejayaan dll. Hidupkan penglibatan, perwatakan, perasaan dan jatuh bangunnya.

Kaedah penulisan rencana tokoh
1.Persediaan – pengetahuan asas tentang tokoh dan penyelidikan perpustakaan
2.Rasa ingin tahu terhadap tokoh – tentang perangai dan kemanusiaan tokoh
3.Mencari persoalan baru tentang tokoh – aspek dan persoalan yang belum disentuh oleh penulis lain tentang tokoh.
4.Mewawancara
5.Pemilihan tokoh – sumbangan dan teladan/ pemikiran
6.Penulis tokoh perlu tabah dan sabar serta minat
7.Kebijakan menyaring maklumat
8.Cara penulisan yang baik dan berkesan – ilmiah, separa ilmiah, popular – Cronical biography (fakta sejarah), pictorial biography (kehidupan peribadi) dan critical biography (menilai pemikiran/ peribadi)

Rencana Wawancara –dialog tentang isu/ fenomena tertentu mengikut kepakaran tokoh.
Tujuan wawancara;
1.Dapatkan pandangan/ ulasan tentang isu
2.Dapatkan ungkapan yang menarik
3.Kumpulkan maklumat tentang isu baru
4.Mengesahkan maklumat
5.Peluang membetulkan perkara sebenar.

Sumber maklumat – apa yang dikata, dilakukan dan tingkah laku sumber

Sifat wawancara – formal dan tidak formal.
Bentuk wawancara – bersemuka, telefon
Kekuatan dan kelemahan wawancara – memupuk persahabatan, byk soalan, perhati tindak tanduk, penjelasan, pengesahan identiti, byk maklumat, perkara berbangkit, terdedah dgn manipulasi, masa terhad, pendiam dan mengelak utk menjwb soalan.
Wawancara memerlukan pewawancara menjadi pendengar yang baik
Tanya soalan berdasarkan soalan yang dirangka terlebih dahulu.

Tentukan topik perbincangan
Tulis berdasarkan apa yang disampaikan oleh tokoh, tanpa menambah dan mengurangkan.

Rencana ulasan kritis – penilaian kritikan berdasarkan pertimbangan terhadap subjek.
Keperluan penulisan kritis;
1.Laporkan maklumat tentang subjek
2.Nilai kekuatan dan kelemahan
3.Beri alasan terhadap kritikan
4.Adil dan tidak berprasangka
Teknik penulisan kritis ; penerangan tentang subjek, pengenalan penciptanya, sumber yang digunakan, susunan bahan, tujuan tercapai, keistimewaan dan kepentingannya kepada khalayak.
Bahan perlu boleh mendidik masyarakat dan jangan mengulas berlebih-lebihan.

Penulisan rencana pendapat – bebas mengemukakan pendapat – keprihatinan penulis tentang isu dan kematangan penulisan menghujahkan pendapatnya berdasarkan bukti.
Ciri-ciri rencana pendapat – ruangan editorial, ketasdikan, serius, kupasan dan pengesyoran dan kekuatan minda (penaakulan)

Rencana bagaimana melakukan – bentuk penulisan penerangan dan penjelasan secara terperinci untuk tujuan mendidik.
Fungsinya untuk menyesuaikan diri pembaca dengan perubahan yang berlaku dlm masyarakat.
Bentuk – manual cara sesuatu perkara dilakukan. Setiap langkah terperinci, struktur kronologi dan fakta diolah tersusun.
Contoh, tips, cara, ciri-ciri dll

TUGASAN TUTORIAL
Sediakan rangka rencana dakwah masing-masing untuk diulas oleh rakan-rakan yang lain;
Tajuk/topik
Jenis rencana
Isi-isi utama
Sekian…….

1 comment:

  1. ASLMKM....
    Pn NOR RAUDAH HJ SIREN..
    boleh nyatakan apakah itu rencana radio...
    dan boleh x juga nyatakan contoh stesen2x yg ada slot rencana dalam segmen

    ReplyDelete