MULAKAN MATA PENAMU DENGAN NAMA ALLAH

Assalamualaikum,
Memulakan penulisan bukan semudah yang disangka. Ia ibarat menjahit pakaian yang memerlukan kemahiran dan strategi agar pakaian akan kelihatan cantik, kemas dan menarik.
Sebenarnya, menulis adalah aktiviti yang amat menarik kerana ia memberi peluang kepada kita meluahkan segala perasaan, pemikiran dan kritikan terhadap persekitaran. Malah penulisan juga boleh menjadi alat untuk menyampaikan dakwah Islam, di samping boleh menjana kewangan sendiri.
Penulisan boleh diasah.Oleh itu, mari kita belajar penulis sambil BERDAKWAH!

Monday, April 6, 2009

KULIAH 14 KEWARTAWANAN FOTO

Konsep
“Adalah gabungan antara media komunikasi perkataan dengan media komunikasi visual” (Wilson Hicks)

Matlamat kewartawanan
Pemberita atau penulis berperanan untuk melapor, menyampaikan maklumat dan memberikan interpretasi kepada pembaca.
Mereka juga perlu mewujudkan semula sesuatu pengalaman sama ada pengalamannya sendiri atau pengalaman orang lain yang menjadi sumber cerita atau berita.
Penulisan – bahasa dikongkong oleh peraturan nahu dan susunan ayat. Idea dibentang mengikut peraturan tatabahasa yang khusus.
Gambar – Idea dan maklumat dibentangkan serentak kepada pembaca dan proses penerimaan lebih pantas, terutama apabila disertai dengan perkataan yang sesuai.

Matlamat kewartawanan foto
Mewujudkan satu hasil komunikasi yang bergabung melalui penggunaan kedua-dua media, visual dan bahasa.
Jurugambar merupakan orang yang berkeyakinan kepada gambar dan bahan gambar.
Wartawan foto memberi sumbangan sepenuhnya kepada hubungan yang bererti antara penulis dan jurugambar
Menghasilkan gambar bagi mengiringi perkataan supaya peranan untuk mewujudkan semula pengalaman kepada pembaca dapat dilakukan secara lebih berkesan.
FK merangkumi bidangyang luas dalam hampir semua jenis kewartawanan cetak – berita bergambar, cerita bergambar dan rencana bergambar.
FK merupakan setiap usaha dalam media cetak dan media penyiaran yang menggunakan media foto untuk menghasilkan suatu aktiviti komunikasi.

Peranan kewartawanan foto
Menyampaikan maklumat
Menyalurkan idea
Melafazkan hasrat
Membentangkan keindahan budaya
Membentangkan keindahan alam
Peranan gambar dalam akbar
Memperkuatkan berita melalui visual
Sebagai bukti yang nyata dan tidak boleh diubah
Pembacaan lebih berkesan
Pembaca tidak perlu membayangkan dalam fikiran apa yang telah berlaku
Merangsang penerbitan
Merakam kejadian dan perkembangan

Sifat wartawan foto
Merakam Foto Kewartawanan (FK) mesti jujur dengan tidak memutarkan fakta.
FK tidak boleh menipu pembaca atau penatap foto itu. Atas sifat foto berunsurkan berita maka ia tidak boleh bersifat bohong dan berbau fitnah.
Seorang Wartawan Foto adalah seorang Pemberita yang menyampaikan berita dalam unsur foto.

SIFAT FOTO BERITA
Sifat berita dengan 5W1H( Who? What? When? Where? Why? dan How? diguna pakai dalam membina sekeping atau lebih Foto Kewartawanan.
Kita akan menjadi penipu jika foto yang dirakam tidak benar.
Merakam foto kemalangan misalnya mesti ada penjelasan dalam foto itu tentang kemalangan tersebut (caption).
Contoh foto kemalangan
1. Who?-Siapa yang menimpa kemalangan?-Bangsanya Melayu, Cina, India dan sebagainya.2. What?-Apa terjadi pada kejadian kemalangan itu?-Mati, cedera parah atau ringan.3. When?-Bila kejadian itu- pagi, petang, siang malam?4. Where?-Di mana kemalangan berlaku, di highway Utara-Selatan, di Melaka, di Kedah, Kuala Lumpur
5. Why?- Kenapa nyawa tidak dapat diselamatkan dan sebagainya atau kenapa kemalangan itu berlaku? Kepala pecah, tersepit, ambulan lambat- pemandu tertidur, pemandu mabuk6. How?-Bagaimana kemalangan itu terjadi. Bas itu bertembung atau terbabas.

Pandangan visual
Gambar bukan sahaja hiasan, ia merupakan media komunikasi untuk difahami sesama manusia – perkara yang sukar untuk dipisahkan.
Sekeping gambar bernilai lebih dari seribu perkataan.

Proses kewartawanan
Bermula dari peringkat idea,
penyelidikan
Fotografi
Penulisan
Layout
percetakan
Gambar akhbar
Gambar berita mempunyai nilai berita yang bertahan selama 2 hari.
Gambar berita mengandungi peristiwa yang dirancang dan kejadian tidak dirancang
Gambar rencana pula mempunyai bahan bermaklumat
Gambar rencana sentiasa boleh menjadi bahan bacaan dan rujukan.

Jenis liputan gambar rencana
Pembangunan masyarakat – luar ukiran, lakon, muzik, nyanyian, kebudayaan
Sains dan teknologi – teknologi pertanian, pembuatan, perubatan, rekaan terbaru dll
Keganjilan alam dan kejadian - gerhana, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala.
Promosi – barangan, tempat, makanan tambahan, ubatan tradisional, pemakaian baju batek dll
Mendedahkan isu semasa – wabak SARS, selsema burung, tsunami,

Etika foto
FK tidak boleh merakamkan sebuah kemalangan ngeri. Sebab FK bukan foto yang dirakam oleh Polis untuk dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Contohnya merakam wajah mangsa kemalangan dalam keadaan terputus kepala.
Atau merakam foto mangsa pembunuhan yang rentung mati terbakar.
Justeru itu etika dalam FK perlu dijaga. Mangsa mungkin memiliki keluarga dan sahabat lalu hasil foto sedemikian akan menguris perasaan mereka.
Penampilan jurugambar sesuai dengan rambut, wajah, kasut, cara bercakap, berpakaian kemas dan perwatakan yang menyenangkan

Beberapa panduan merakam Foto Kewartawanan
Rakaman di majlis-majlis rasmi.
Majlis yang melibat pemimpin negara, masyarakat perlulah digambarkan bagaimana ia berlangsung.
Rakam bagaimana pemimpin itu berucap dengan menampakkan khalayak hadirin mendengar ucapan beliau.
Rakam bagaimana majlis itu berlangsung. Katakan pemimpin tersebut memalu gong, memotong reben, menepung tawar, menyampaikan sumbangan atau hadiah.
Menjadi trend sekarang Jurufoto Media suka merakam apa yang akan dilakukan oleh pemimpin tetamu dalam majlis itu. Contoh bersalam dengan anak-anak yatim, warga emas, merasai makanan yang dipamerkan.

BERUCAP
Khalayak yang mendengar ucapan

Peristiwa, kejadian
Merakam foto dalam kategori ini perlu menumpukan pada subjek yang hendak diberitakan.
Biasanya merakam foto sebegini harus melahirkan mood peristiwa itu.Contoh suasana kemalangan, kebakaran. Kita pastikan memaparkan suasana kelam kabut di lokasi.
keramaian

Kempen/ demonstrasi
Di arena sukanFotografi sukan adalah antara yang menarik untuk dirakamkan. Penggunaan alat tambahan seperti Telephoto Lens, atau Zooms Lens antara 200 - 500 mm membolehkan segala pergerakan athlet boleh dirakamkan dengan berbagai aksi.
Jurufoto mesti mengetahui sedikit sebanyak undang-undang sukan itu sendiri. Kawasan mana yang perlu dihindari agar ahli sukan tidak terganggu.
Jika merakam aksi sukan kebanyakannya Jurufoto dilarang menggunakan Flash. Begitu juga jika kita merakam foto di padang golf maka pastikan tidak mengganggu aksi pemain.
Kedudukan yang jauh dari pemain perlu dengan penggunaan Telephoto Lens.

GAMBAR SUKAN SEKOLAH
Penyampaian hadiah

BAHAN BERITA
Akhbar atau mana-mana media memerlukan foto yang boleh menjadi "Skop" untuk melariskan jualan mereka atau tajaan iklan.
Justeru anda walaupun bukan petugas media tersebut boleh menyumbang bahan-bahan berita bersama dengan foto yang dirakam.
Contoh jika anda seorang guru boleh mengirimkan berita atau rencana berserta foto mengenai kegiatan sekolah untuk dimuat dalam halaman pendidikan.

AKTIVITI DI SEKOLAH

JURUFOTO SAMBILAN (STRINGER)
Begitu juga jika anda boleh mengirimkan bahan untuk dimuatkan dalam mana-mana ruangan kegiatan belia, masyarakat.
Mungkin akhir sekali anda boleh dilantik menjadi Stringer (pemberita sambilan) untuk mewakili agensi berita tersebut.
Ada ketikanya Stringer lebih awal tiba sebelum wakil tetap agensi berita itu tiba untuk liputan lanjut.
Contoh jika berlaku kejadian yang mengemparkan di daerah anda, maka anda adalah orang pertama tiba kerana tempat kejadian itu berhampiran dengan rumah anda.
Hasilnya liputan awal akan menjadikan agensi atau media anda menjadi media yang terawal menerima berita.

MAJLIS JAMUAN SELEBRITI
Pertemuan visual
Pertemuan visual pertama – rakam apa sahaja subjek dari tempat seseorang berdiri
Pertemuan visual kedua – merakam dan membuat tanggapan bagaimana struktur pictorial dapat diubah secara visual seperti tambah pencahayaan, tukar sudut, pangkas dan kesan komposisi.
Pertemuan visual ketiga – melihat setiap perbezaan visual yang termungkin, analisa dan buat perubahan yang perlu- seperti menggunakan efek kamera, filter, tunggu hari yang sesuai dll sebelum rakaman dilakukan.

Literasi visual
Sebagaimana membaca bahasa tulisan, bahasa lambang dan bahasa isyarat, gambar juga seharusnya dibaca maksud yang hendak disampaikan.
Bezanya dengan tulisan ialah bahasa visual sukar untuk ditafsirkan kerana sifatnya yang berubah-ubah.
Sebagai jurugambar, menghasilkan visual yang boleh difahami adalah sama pentingnya dengan mentafsir sekeping gambar karya orang lain.
Kemampuan mentafsir bahasa visual ini dikenali sebagai literasi visual.
Melahirkan literasi visual
Mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai peralatan fotografi yang digunakan
Mempunyai daya kreatif dalam menggunakan alatan fotografi
Mampu menggunakan lambang dalam bahasa visual bagi mewujudkan kesan yang lebih mendalam, menjimatkan masa dan ruang berbanding bahasa tulisan

Kesan literasi visual
Jika soalan 5W1H timbul dalam gambar, maka bermulalah langkah pertama ke arah literasi visual kerana imej tersebut telah mencetuskan perasaan ingin tahu.
Liputan akhbar
Kenalpasti jenis liputan
Bawa peralatan kamera tambahan yang akan diperlukan
Pastikan waktu majlis bermula
Kenalpasti kemuncak majlis
Tinjau kesesuaian sudut dan kedudukan penggambaran
Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Bergerak secara sopan dan berkumpulan
Beri kerjasama dan hormati jurugambar yang lain
Catat semua nama personaliti penting dalam gambar dengan betul
Hadiri sesi kenyataan akhbar
Lakukan lakon semula sekiranya perlu
Rakam personaliti yang penting
Lakukan mugshot personaliti penting sedang beraksi atau berinteraksi.

Pendekatan rakaman foto berkesan
Tumpu kepada subjek utama
Paparkan subjek dengan jelas dan tidak telindung
Letakkan subjek pada komposisi yang sesuai, gunakan ruang frame dengan sebaiknya
Tentukan mesej yang tersurat dan tersirat
Masukkan unsur kehidupan – manusia
Aktifkan atau ceriakan subjek melalui aksi yang menarik
Sampaikan secara dramatik
Lihat dari sudut tiga dimensi
Rakam keadaan sekeliling yang membantu
Perhatikan unsur corak, bentuk dan garisan
Teruskan sifat ingin mencuba supaya hasil karya sentiasa segar

Maklumat penting perlu dicatit
Nama orang yang terlibat (kemalangan), yang membantu dan saksi
Jantina, umur, kedudukan pangkat
Arah dan tujuan asal perjalanan
Keadaan orang yang malang, cedera, parah, mati
Siapa dan apa lagi yang telibat
Tempat kejadian
Bagaimana perkara itu boleh berlaku
Imbangan komposisi (viewfinder)
Pangkasan/ cropping
Tujuan cropping ialah uhntuk memaparkan komposisi yang menarik
Tumpukan bahagian yang terpenting supaya mesej yang disampaikan lebih berkesan
Mengasingkan bahagian yang tidak dikehendaki yang tidak dapat dilakukan semasa penggambaran
Menyesuaikan komposisi dengan layout supaya ia bersesuaian dengan keperluan penerbitan.
Contoh cropping
..\QATAR MALAM\DSCF5769.JPG
..\bahrain2\DSCF5849.JPG
Menulis caption
Tulis caption dengan ringkas tapi padat
Elakkan menulis suasana yang terpapar dalam gambar
Tulis perkara yang tersirat
Catit penama dalam gambar dengan tepat
latihan
Fikirkan bahan-bahan untuk dijadikan makalah penerbitan yang mengandungi berita atau rencana
Berikan tajuk rencana/ berita yang dirancang itu
Buat tinjauan di tempat sasaran (jika perlu)
Gunakan kamera digital untuk merakam gambar dan gunakan pendekatan cerita bergambar
Sunting gambar dengan halaman bersaiz 10R
Persembahkan dalam 6 – 10 keping gambar

No comments:

Post a Comment