MULAKAN MATA PENAMU DENGAN NAMA ALLAH

Assalamualaikum,
Memulakan penulisan bukan semudah yang disangka. Ia ibarat menjahit pakaian yang memerlukan kemahiran dan strategi agar pakaian akan kelihatan cantik, kemas dan menarik.
Sebenarnya, menulis adalah aktiviti yang amat menarik kerana ia memberi peluang kepada kita meluahkan segala perasaan, pemikiran dan kritikan terhadap persekitaran. Malah penulisan juga boleh menjadi alat untuk menyampaikan dakwah Islam, di samping boleh menjana kewangan sendiri.
Penulisan boleh diasah.Oleh itu, mari kita belajar penulis sambil BERDAKWAH!

Friday, August 31, 2012

PENGENALAN PENULISAN DAKWAH

PENGERTIAN PENULISAN
Penulisan ialah satu kegiatan memikir, mengkaji, memilih, merakam dan menulis sekumpulan pengalaman diri hasil daripada pemerhatian, pengalaman dan pemikiran seseorang pengkarya
Perkembangan ilmu pengetahuan dapat disalurkan melalui kegiatan penulisan dan terhasilnya buku-buku atau manuskrip.
Kegiatan penulisan sama ada penulisan kreatif atau non kreatif dapat membantu idea-idea dan pemikirtan serta ilmu tersebar dengan meluas.
Penulisan dalam Kamus Dewan (1989; 1400) disebut sebagai perihal atau kegiatan menulis (mengarang), hasil daripada menulis (mengarang). Istilah menulis dalam bahasa Inggeris pula merujuk kepada perkataan to write atau to compose manakala bahasa latin disebut ecriture (Michel Foucault, 1980: 141)
Aktiviti penulisan merupakan sistem tradisi yang menjadi wakil kepada bahasa pengucapan. Penulisan akan mencatatkan, merekodkan dan membolehkan bahasa itu dilihat dengan nyata kerana sifat bahasa tulisan yang konkrit dan dinamik (Mohd. Sidin Ahmad Ishak dan Mus Chairil Samani, 1996: 116)

PENGERTIAN PENULISAN DAKWAHPenulisan dakwah merupakan aktiviti penyampaian maklumat tentang Islam dan mengajak manusia ke arah kebaikan serta memberi peringatan kepada manusia yang lalai
Penulisan untuk tujuan dakwah bukan sahaja memberi maklumat tetapi turut mentarbiah agar jiwa pembaca terkesan untuk mencintai Allah SWT dan patuh serta tunduk dengan suruhan-Nya.
Surah Ali Imran: 110
”Kamu (Wahai Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah SWT…”

Model Penulisan Dakwah


                                                       ALLAH SWT
                                                               |
                                                               |


DA'IE (PENULIS) ----------- KARYA DAKWAH --------- MAD'U (SASARAN)
                                                    - Maudu' ad-da'awah
                                                    - Uslub ad-da'awah


Penulis Dakwah
Memahami peranannya sebagai pendakwah
Mempunyai kepakaran dan kemahiran tentang subjek dakwah yang dikemukakan
Berperibadi dan berakhlak – sifat kehambaan dan cintakan kebenaran
Al-Ghazali (1994), “Pendakwah perlu menghindarkan diri dari sifat-sifat mazmumah yang boleh membinasakan dirinya”
Menulis berlandaskan fakta yang benar dan tepat untuk kepentingan Islam
Membetulkan haluan masyarakat
Sabar mengemukakan isu-isu semasa dengan cara yang terbaik

Ciri-ciri penulis dakwahCintakan Allah SWT dan Rasul-Nya
Sentiasa membaca/ berilmu
Berdaya kreatif dan inovatif
Kemahiran menulis dan menguasai IT
Disiplin diri
Gaya tersendiri
Menghargai pengalaman
Sensitif

Karya DakwahKarya fiksyen: Rekaan dan imaginasi
(Motion, Puitika, Cereka)
Karya deskriptif/ Non-Fiksyen: Fakta dan realiti
(Rencana, Dokumentari, Berita, Biografi, Ceramah, Khutbah)

Mesej / Maudu’ ad-dakwahPenulisan Islam mengandungi berita-berita gembira kepada manusia yang taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya
Mesej dalam dakwah
– akidah: kepercayaan kepada kekuasaan Allah SWT
-syariah: penjelasan keperluan pelaksanaan ibadat
-Akhlak: persoalan tingkahlaku dan moral manusia
-isu semasa: persoalan semasa dilihat secara pemikiran Islam spt ekonomi, politik, kebudayaan, seni

Mesej membincangkan subjek yang dipilih. Terdapat perkara utama atau isi-isi penting yang menjurus kepada tesis atau disebut sebagai topik. Ia dibina dalam setiap perenggan dalam penulisan. Mencari topik sesuatu subjek memerlukan sifat tekun dan rajin seseorang penulis mencari bahan rujukan sama ada melalui rujukan perpustakaan, wawancara, tinjauan, pengamatan, pengalaman atau menggunakan soal selidik. (Md. Sidin Ahmad Ishak dan Mus Chairil Samani, 1996: 118 - 119 ).
Menurut M. Natsir (1977: 36), mesej dakwah disampaikan untuk tujuan mencapai matlamat utama iaitu membina kesempurnaan hubungan antara manusia (khalqi) dengan penciptanya (khaliq) serta mengatur kseimbangan di antara dua hubungan tersebut (tawazun). Ia melibatkan semua aspek kehidupan seharian umat Islam dan tidak terlepas dari ruang lingkup al-Quran dan al-Hadith.

Gaya/ Uslub ad-da’wahPenekanan terhadap tema-tema penulisan yang berhubung dengan keagamaan akan dapat mententeramkan hati, menguatkan fakulti akal dan memperteguhkan keyakinan dan kepercayaan. Ia juga berkait dengan pemilihan perkataan atau alfaz yang sah dan sahih, sedap didengar serta baik dari segi bunyi dan makna. Penggunaan perkataan dalam al-Quran akan meningkatkan karya Islam, yang kaya dengan ibarah, fantasi dan khayalan (Mana Sikana, 2005: 6- 7).

Gaya / Uslub ad-da’wahUslub atau cara penyampaian dakwah ini digunakan untuk menentukan keberkesanan kepada sasaran dakwah, jika disampaikan dengan cara yang paling sesuai.
Surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud, : “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbahaslah dengan cara yang paling sesuai…”
Panduan agar dakwah disampaikan secara yang terbaik dan berperancangan serta memikirkan tentang keberkesanannya.
Gaya persembahan dalam penulisan yang menarik dan berkesan akan membantu dalam keberkesanan sesuatu mesej yang hendak disampaikan di samping mempengaruhi khalayak terhadap pemikiran yang sedang diungkapkan.

Pembujukan dalam karya dakwahTugas dakwah bukan sahaja menyampaikan ajaran Islam bahkan untuk menjinakkan dan memujuk sasaran agar menerima dan mengamalkan ajaran Islam. Pembujukan yang dilakukan dalam dakwah adalah untuk memastikan sasaran akan mengubah kepercayaan (akidah), pemikiran dan tingkah laku (akhlak).


Pembujukan dalam karya dakwah

1. Pembujukan bil-hikmah
    Lembut
    Keras

2. Pembujukan bil maw'izah al-hasanah
    Terus terang
    Halus

3. Pembujukan al-Mujadalah
    Rasional
    Emotif


PEMBUJUKAN BIL HIKMAHAl-Bayanuni (2001, h. 245) pula menggariskan tiga kaedah al-hikmah dalam dakwah iaitu melalui pendekatan isi, persembahan isi dan pemilihan saluran atau media. Walau bagaimanapun, Sayyid Qutb dalam Ab Aziz Mohd Zin (2001, h 8) memberi penekanan terhadap sasaran dan suasana mereka sekadar mampu memberi penjelasan dan kepelbagaian mengikut keperluan sasaran. Oleh itu, al-hikmah boleh disampaikan dengan pelbagai bentuk dan gaya sama ada secara lembut atau secara keras mengikut kesesuaian sasarannya.

PEMBUJUKAN BIL MAW’IZAH AL-HASANAHPembujukan secara al-Maw’izah al-Hasanah melibatkan proses penyampaian nasihat. Nasihat dalam dakwah dilakukan dengan baik, supaya sasaran memahami tujuan dan kejujuran orang yang menasihatinya. Nasihat boleh dilakukan secara halus, lembut, tenang, menyejukkan hati dan menjauhkan perkataan yang menyinggung perasaan (Ab Aziz Mohd Zin, 2001: 10).

PEMBUJUKAH BIL-MUJADALAHUslub al-mujadalah memberi maksud perdebatan yang baik yang dijelaskan oleh Ibn Kathir (t.t: 439) sebagai berdiskusi dan berhujah sebagai jalan mencari kebenaran. Al-Mujadalah menurut al-Quran dan as-Sunnah ialah Jadal, iaitu menggunakan alasan dan dalil yang serba lengkap dan benar hingga dapat diterima oleh hati manusia. Ia juga merupakan panduan untuk memberikan jalan kepada orang kafir dan orang yang menyimpang dari landasan untuk berfikir tentang kebenarannya (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus dalam Al- Maw’izah, Jil.7, Jun 1999, h. 97).

Kepentingan Penulisan
1. Pembangunan minda
Melalui pembacaan dari hasil penulisan membantu perkembangan ilmu pengetahuan
“Bacalah! Dan Tuhan engkau itu Maha Pemurah. Yang mengajarkan dengan pena. Mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahui” (al-Alaq:4-6)
Berilmu – melahirkan insan yang mampu berfikir dan merancang pembangunan diri,masyarakat dan negara serta membezakan yang baik dan yang buruk

2. Pembangunan akhlakDakwah dari sudut akhlak menumpukan usaha membangun dan memperbaiki akhlak masyarakat yang tercemar dengan pelbagai ragam akhlak buruk sehingga wujud pelbagai masalah sosial dalam masyarakat.
Prinsip utama akhlak Islam adalah mengiktiraf akhlak baik, dan tidak mengiktiraf akhlak buruk. Prinsip ini sesuai dengan dalil al-Qu’ran dan al-Hadith yang kerap kali membincangkan tentang persoalan akhlak manusia.

3. Pembangunan AkidahPeri penting dakwah dari sudut akidah adalah berasaskan kepada kefahaman serius manusia terhadap Konsep Tuhan, Konsep Nabi dan Konsep Hari Akhirat. Penghadaman terhadap konsep-konsep ini akan menghasilkan ketaatan dalam hidup beragama. Apabila berlaku ketaatan, maka manusia akan senantiasa mengamalkan segala ajarannya berdasarkan kepada petunjuk-petunjuk yang diberikan melalui al-Qur’an dan al-Hadith

4. Pembangunan IbadatPeri penting dakwah dari sudut ibadat bertitik tolak kepada tujuan kejadian manusia. Dua tujuan utama kejadian manusia adalah sebagai hamba peribadatan kepada-Nya, dan juga manusia sebagai khalifah di bumi.
Justeru, dakwah dari sudut ibadah menumpukan usaha membina pemikiran masyarakat ke arah memahami konsep ibadah seperti yang dianjurkan Islam. Prinsip ibadah Islam adalah melaksanakan perkara yang dituntut oleh-Nya dan meninggalkan perkara-perkara yang menjadi larangan-Nya.

5. Pembangunan masyarakat/ SosialManusia adalah khalifah yang memimpin masyarakat untuk melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran
“Dan dengan kebenaran yang ditunjukkan; kami jadikan kamu satu umat yang terpilih lagi adil supaya kamu menunjukkannya kepada seluruh manusia yang kamu berada pada status tersebut” (Surah al-Baqarah: 143)

6. Pembangunan TamadunPenulisan dakwah berfungsi dalam pembangunan tamadun Islam untuk melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual, akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.
Pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan dan pembangunan fizikal

sekian dulu...

3 comments: